Selain pengenalan iPhone SE 2022, Apple juga hari ini turut memperkenalkan kemas kini terbaharu untuk tablet iPad Air mereka. Model iPad Air kali ini sudah pasti lebih berkuasa tinggi untuk memenuhi keperluan seharian pengguna.

Berikut merupakan kemas kini spesifikasi yang disertakan pada model iPad Air 2022 kali ini.

iPad Air 2022

Sumber Gambar: Apple

Model tablet iPad Air 2022 kali ini membawa kejutan buat para peminatnya kerana ia bakal hadir dengan cip pemprosesan Apple M1 yang digunakan pada MacBook. Menerusi cip berkuasa ini, peranti ini boleh beroperasi dengan lebih pantas dan dua kali gandar lebih pantas berbanding komputer Windows pada harganya di pasaran.

Prestasi yang cukup tinggi ini juga sekaligus memudahkan proses penyuntingan, perkomputeran mahupun untuk anda bermain games dengan lancar padanya. Untuk panggilan video pula, ia juga hadir dengan kamera hadapan 12-megapixel bersama sokongan Center Stage.

Sumber Gambar: Apple

Di samping itu, iPad Air 2022 turut menyertakan sokongan rangkaian 5G padanya untuk sambungan internet yang lebih pantas sekaligus melancarkan sebarang pekerjaan menerusinya. Apple turut mengatakan iPad Air kini menawarkan sambungan USB-C yang dua kali ganda lebih pantas berbanding sebelum ini dan menyokong Apple Pencil generasi kedua.

iPad Air baharu ini sedia ditawarkan dengan pilihan 64GB dan 256GB. Model 64GB akan dijual pada harga bermula RM2699 untuk versi WiFi, sementera RM3,349 untuk versi selular.

Model 256GB pula akan ditawarkan pada harga bermula RM3,349 untuk WiFi, dan RM3,999 untuk versi selular. Tablet baharu Apple ini boleh dipra-tempah bermula Jumaat hadapan iaitu 18 Mac.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui tiga pilihan iPad yang berbaloi didapatkan oleh para pencipta konten.

Pantas Dan Produktif, Ini 3 iPad Yang Berbaloi Didapatkan Bagi Tujuan Suntingan Video

Apple Malaysia Tawarkan AirPods Secara Percuma Kepada Pelajar Yang Membeli Mac Dan iPad Terpilih

Sumber