Pada awal bulan Mac lalu, Apple telah memperkenalkan iPad Air 2022 yang serba canggih sekaligus menarik ramai pihak. Sebahagian peminat tempatan Apple mungkin sudah merancang untuk mendapatkannya bagi pelbagai tujuan.

Terbaharu, Apple Malaysia dilaporkan sudah mulai menawarkan tablet terbaharu iaitu iPad Air 2022 untuk pasaran tempatan. Model ini hadir dengan rekaan yang sleek bersama cip M1 yang cukup berkuasa tinggi iaitu Apple M1 yang bakal menjanjikan prestasi terbaik sekaligus menjadi antara tablet terbaik di pasaran setakat ini.

Dengan cip pemprosesan tinggi ini, ia bakal membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan berat seperti menyunting video atau pun membuat kerja grafik menerusinya. Selain itu, iPad ini juga mempunyai sokongan USB-C untuk pemindahan fail yang pantas serta yang paling penting sokongan rangkaian 5G tersedia pada kali ini.

Apple juga ada menyediakan ciri Center Stage pada tablet iPad Air dalam memastikan fokus pada subjek sewaktu melakukan panggilan video. Malah, tablet ini turut menyokong penggunaan Apple Pencil genarasi kedua.

Sumber Gambar: Apple

Buat pasaran Malaysia, iPad Air sedia ditawarkan pada harga bermula RM2,699 untuk model wifi sementara berharga RM3,349 untuk model selular 5G. Anda boleh lawati laman web rasmi Apple untuk membuat pembelian tablet Apple terbaharu ini.

Terdapat spekulasi bahawa kamera iPhone 14 Pro dijangka lebih tebal kerana peningkatan lensa untuk kualiti video dan gambar yang lebih padu.

Kamera iPhone 14 Pro Dijangka Lebih Tebal Berikutan Penggunaan Sensor 48-Megapixel

Jangkaan Hanya Siri iPhone 14 Versi Pro Ditawarkan Dengan Cip Pemprosesan Apple A16

Sumber