Boleh dikatakan sebahagian besar kawasan di seluruh Malaysia sudah diliputi oleh rangkaian jalur lebar untuk kegunaan seharian. Permintaan semasa juga semakin meningkat pada saban hari tetapi masih dikesan masalah ketidak stabilan internet dan seumpanyanya.

Menerusi Ringkasan Laporan JENDELA 2021 yang baru dikongsikan, dianggarkan terdapat lebih daripada 38.67 juta pengguna di Malaysia yang telah melanggan perkhidmatan jalur lebar mudah alih. Sementara baki 3.04 juta pengguna pula direkodkan telah melanggan jalur lebar tetap setakat tahun 2021 lepas.

Sumber Gambar: JENDELA

Daripada jumlah keseluruhan jumlah pengguna yang melebihi 40 juta ini, MyJendela menyatakan hanya menerima sebanyak 200,675 aduan berkaitan rangkaian atau isu capaian yang dibuat. Pengguna yang paling banyak membuat aduan rangkaian adalah di Johor Bahru yang berjumlah 7,776 aduan.

Aduan yang dimaksudkan merangkumi  isu liputan 4G yang lemah, ketiadaan liputan 4G di sesetengah kawasan, gangguan perkhidmatan, masalah kelajuan dan capaian internet serta isu liputan 3G yang lemah. Bagaimanapun, JENDELA memaklumkan bahawa mereka telah berjaya melangkaui sasaran awal capaian kelajuan internet mudah alih Malaysia iaitu 37.30 Mbps.

Sumber Gambar: JENDELA

Untuk liputan rangkaian 4G pula, JENDELA menyasarkan mencapai 96.9% untuk liputan capaian rangkaian tersebut di seluruh Malaysia sebaik berakhirnya tahun ini. Bermula Fasa ke-2 Pelan JENDELA, mereka dijangka menyasarkan liputan 4G di Malaysia akan mencapai tahap 100% dan kelajuan jalur mudah alih mencapai kelajuan sehingga 100Mbps.

Sementara pihak DNB sudah pun memulakan proses pembangunan tapak 5G baharu di beberapa negeri terpilih ketika ini terumatanya di Johor Bharu.

DNB Dalam Proses Pembangunan Tapak 5G Baharu Di Beberapa Buah Negeri Luar Kuala Lumpur

TM Tidak Lagi Tawarkan Langganan Baharu Buat Streamyx Dan unifi Lite

Sumber