Kita sudah pun melihat spesifikasi penuh siri iPhone 14  kali ini dan kini laman Apple Malaysia telah menyenaraikan barisan model tersebut bersama harga tempatan. Pasti ramai mahu mengetahui harga iPhone model terdahulu sama ada sudah turun atau sebaliknya.

Seperti yang kita sedia maklum, Apple sering kali menawarkan penurunan harga bagi model terdahulu sebaik sahaja melancarkan model terbaharu. Dalam pada itu, lain ceritanya dengan iPhone SE 2022 yang dilihat mengalami peningkatan harga 6 bulan selepas pelancaran.

iPhone SE 2022

iphone model terdahulu
Sumber Gambar: Apple

iPhone SE generasi ketiga keluaran 2022 ini antara model terkini yang boleh didapatkan di pasaran. iPhone SE dilihat sebagai pilihan berbaloi kerana kemas kini spesifikasi yang cukup mantap buat mereka yang mahukan iPhone pada harga marhaen. iPhone SE 2022 masih mengekalkan rekaan seperti iPhone 8 tetapi dengan penambah baikan terbaharu.

Model ini dilengkapi dengan cip Apple A15 Bionic yang mampu memberikan prestasi terbaik walaupun tampak seperti model lama. Selain mempunyai Touch ID pada bahagian depan, model SE 3 sudah menawarkan sokongan rangkaian 5G untuk memenuhi keperluan internet berkelajuan tinggi anda.

iphone model terdahulu
Sumber Gambar: Apple

Untuk rakaman gambar, iPhone SE 2022 turut hadir menggunakan kamera 12-megapixel bersama dengannya. Malah, terdapat sokongan rakaman video mencapai resolusi 4K dengan ciri penstabilan imej untuk video yang baik menerusinya.

Dari segi harga penawaran, iPhone SE 3 telah disenaraikan pada harga RM2,099 sewaktu pelancaran pada tahun ini. Berdasarkan harga terbaru yang ditawarkan pada laman rasmi Apple, model ini telah dijual dengan harga lebih tinggi iaitu RM2,249.

Sumber: apple

Untuk pengetahuan, iPhone SE 2 dilihat mengalami peningkatan harga bagi pasaran Malaysia kerana pertukaran wang semasa yang lebih tinggi diperlukan daripada USD ke ringgit Malaysia.

Jadi, pada pendapat anda adakah masih berbaloi untuk mendapatkan model terdahulu atau terus mendapatkan model yang lebih terbaharu? iPhone 14 dan iPhone 14 Pro pada kali ini tampak lebih menonjol dengan sejumlah ciri menarik membuatkan ramai pengguna mungkin menaik taraf sebaik ia dijual kelak.

Sumber