Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada bulan lalu, seorang jurutera robotik yang bernama Ken Pillonel telah berjaya memecah tradisi peranti iPhone dengan menghasilkan iPhone pertama di dunia menggunakan USB-C. Beliau kemudiannya telah menyenaraikan iPhone berkenaan pada ruangan bidaan di laman eBay dan menerima perhatian daripada seluruh dunia.

Siapa sangka model tersebut berjaya mendapat sambutan hangat dan berjaya dilelong pada harga $86,001 (~RM358,000) dengan jumlah bidaan sebanyak 116. iPhone yang diterima boleh berfungsi seperti biasa dengan keistimewaan menggunakan port USB-C berbanding yang ditawarkan oleh Apple.

Sumber Gambar: eBay

Walaupun begitu, individu yang berjaya memilikinya masih perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh penciptanya seperti tidak boleh melakukan tetapan semula, mengemaskini perisian atau membukanya dan hanya untuk penggunaan harian sahaja.

Syarat ditetapkan pula tiada penjelasan di sebaliknya, boleh jadi terdapat kemungkinan untuk memastikan iPhone X tersebut boleh terus beroperasi dengan lancar. Melihatkan model ini cuma terdapat satu unit sahaja di dunia, berkemungkinan harga bagi model ini akan terus melonjak.

Sebelum ini, terdapat spekulasi iPhone mungkin hadir tanpa port pengecas pula selepas ini disebabkan polisi baharu Eropah kelak. 

iPhone Mungkin Hadir Tanpa Port Pengecas Selepas Ini Disebabkan Polisi Baharu Eropah

Apple Mungkin Perkenalkan iPhone Boleh Lipat Menjelang Tahun 2023

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group