Jika pada Jun lalu Insta360 melancarkan model One RS, kini jenama ini kembali lagi dengan sebuah model terbaru iaitu Insta360 X3 yang dikhususkan buat penghasil konten serta mereka yang kerap berkongsi gambar atau video di media sosial.

Menerusi model terbaru ini, Insta360 X3 membawa keunikan dengan memperkenalkan sensor 48-megapixel beserta skrin 2.29 dalam membantu pengguna mengambil gambar serta merakam video secara 360 darjah.

Selain itu, para pengguna turut berpeluang merakam video 360 dengan resolusi sehingga 5.7K beserta sokongan Active HDR dan efek Invisible Selfie Stick. Para pengguna juga boleh mendapatkan gambar dengan kualiti sehingga 72-megapixel.

Bagi memudahkan pengguna menyunting gambar atau video, Insta360 turut menawarkan aplikasi Insta360 yang boleh dimuat turun di telefon pintar dalam membolehkan pengguna menghasilkan konten mengikut citarasa tersendiri.

Bagi memudahkan pengguna menyunting gambar atau video, Insta360 turut menawarkan aplikasi Insta360 yang boleh dimuat turun di telefon pintar dalam membolehkan pengguna menghasilkan konten mengikut citarasa tersendiri.

Bateri 1,800mAh yang tersedia pada model ini membolehkan Insta360 X3 dirakam sehingga 81 minit. Melepasi piawaian IPX8 turut membolehkan pengguna menyelam sampil merakam dengan kedalaman sehingga 33 meter.

Mengulas mengenai harga, model ini sedia ditawarkan secara kit asas bermula daripada £459.99 (~RM2,377) sehingga £604.99 (~RM3,127) bagi Ultimate Kit.