Teknologi augmented reality (AR) dilihat mempunyai pelbagai manfaat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan ciri AR juga sudah mulai diperluaskan kepada lebih banyak peranti termasuklah telefon pintar, komputer dan kini beralih pula kepada cermin mata pintar.

Majoriti syarikat gergasi teknologi seperti Apple, Google dan lain-lain lagi melihat potensi pasaran yang besar dalam cermin mata pintar kerana ianya lebih pratikal dan realistik dalam penggunaan seharian pada masa kelak. Antara syarikat yang menawarkan cermin mata pintar dengan teknologi AR adalah INMO.

INMO

cermin mata pintar
Sumber Gambar: indiegogo

INMO merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam teknologi realiti maya dan AR. Majoriti ahli pasukan ini sudah berpengalaman lebih daripada lapan tahun dalam pembangunan peranti pintar.

Syarikat ini yakin cermin mata pintar bakal menjadi salah satu aksesori penting yang bakal digunakan secara meluas pada masa kelak di seluruh dunia.

cermin mata pintar
Sumber Gambar: Indiegogo

Menerusi syarikat ini, INMO telah tampil dengan produk prototaip terlebih dahulu menerusi model yang dinamakan sebagai INMO Air. Produk yang mulai dikongsikan di Indiegogo ini memfokuskan kepada pratikaliti dalam penggunaan seharian serta masih mengekalkan rekaan yang menarik.

Meskipun diumumkan sewaktu mulai memperkenalkan prototaip, jenama ini sudah mulai menarik perhatian ramai menerusi inovasi yang diusahakan.

INMO Air

https://youtu.be/0dgfr3mQtFY

INMO Air merupakan sebuah cermin mata pintar yang dilengkapi dengan teknologi AR terkini yang bakal memaparkan informasi secara langsung. INMO Air sememangnya sangat pintar dalam menawarkan pelbagai fungsi yang berguna di dalam senario seharian menerusi cip pemprosesan yang berkuasa tinggi serta sensor AI.

Pada bahagian sisi cermin mata ini, model ini turut disertakan dengan kamera berkualiti tinggi yang mampu merakam video beresolusi 720p bersama pembesar suara dan mikrofon untuk berhubung dengan orang lain.

Selain itu, penawaran fungsi sambungan WiFi membolehkan pengguna mengakses informasi terkini seperti ramalan cuaca, berita, mahupun resipi secara terus menerusi skrin cermin mata pintar ini.

cermin mata pintar
Sumber Gambar: Indiegogo
Sumber Gambar: Youtube

Pengguna juga berpeluang menikmati pengalaman penstriman konten hiburan dengan lebih mudah di mana-mana sahaja mereka berada. Antara ciri menarik lain yang ditambah adalah kemampuan menterjemah bahasa asing pada sesuatu objek kepada bahasa yang dipilih pengguna.

Untuk memberikan fleksibiliti kawalan navigasi fungsi cermin mata kepada pengguna, terdapat dua pilihan cara kawalan sama ada menerusi butang atau arahan suara dalam Bahasa Inggeris buat masa ini.

Sumber Gambar: Indiegogo

Aplikasi INMO yang tersedia membenarkan pengguna mengubah suai tetapan IMNO Air mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna. Para pengguna berpeluang mendapatkan INMO Air dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan kelabu setakat ini.

Dari segi harga pula, ianya dilihat sangat berpatutan dengan penawaran fungsi yang ditawarkan dan boleh didapati pada harga $349 (~RM1,443). Cermin mata pintar ini sememangnya boleh meningkatkan produktiviti serta memudahkan aktiviti seharian. Tidak mengejutkan sekiranya cermin mata pintar bakal digunakan secara meluas oleh orang ramai pada masa hadapan.

Tahukah anda tentang syarikat Facebook berkolaborasi bersama syarikat Ray-ban di dalam menghasilkan cermin mata pintar pertama mereka.

Facebook Memperlihatkan Kaca Mata Pintar Hasil Kolaborasi Bersama Ray Ban

Facebook Mahu Hasilkan Jam Tangan Pintar Dengan Dua Kamera Pada Tahun Hadapan

Sumber