Anker sudah menawarkan pelbagai barangan elektronik buat pengguna di luar sana. Kini giliran mereka pula menyertai pasaran cermin mata pintar selepas pelbagai syarikat gergasi teknologi lain menawarkannya. Anker telah berkerjasama dengan syarikat Soundcore dalam penghasilan cermin mata pintar kali ini.

Anker Soundcore Frames merupakan sebuah cermin mata pintar yang dilengkapi dengan mikrofon, pembesar suara dan sistem kawalan audio terbina yang berfungsi seperti earbud wireless. Cermin mata pintar ini hadir dengan 10 jenis rekaan bingkai dan lensa menarik yang boleh ditukar ganti dengan mudah mengikut keperluan pengguna.

Sumber Gambar: Twitter
Sumber Gambar: Twitter

Terdapat empat buah pembesar suara yang terbina pada kedua belah sisi tangkai yang bakal menawarkan pengalaman audio yang menyeluruh berserta dengan dua mikrofon pula yang boleh digunakan untuk menjawab panggilan suara yang dibuat padanya.

Anda juga boleh mendengar lagu menerusinya sehingga 5.5 jam dengan sekali pengecasan sahaja. Ciri kalis air iPX4 juga didatangkan pada cermin mata pintar ini dapat memastikan ia boleh beroperasi dengan baik sewaktu hujan tanpa perlu dirisaukan lagi.

Anker Soundcore Frames sedia ditawarkan dengan harga sekitar $200 (~RM830) sepasang manakala bingkai dan lensa tambahan dikenakan sebanyak $50 (~RM207) bagi setiap satu dan mula dijual pada November kelak.

Ketahui sejumlah cermin mata pintar yang sedia ditawarkan oleh syarikat gergasi teknologi lain dalam pasaran semasa menerusi pautan di bawah ini.

INMO Air, Cermin Mata Pintar Futuristik Dengan Teknologi AR Dalam Memudahkan Aktiviti Seharian

Xiaomi Smart Glasses Diperlihatkan Kepada Umum, Hadir Dengan Skirn Mikro LED

Facebook Memperlihatkan Kaca Mata Pintar Hasil Kolaborasi Bersama Ray Ban