Pada hari ini, boleh dikatakan setiap peranti yang digunakan mempunyai kabel tersendiri untuk membuat pemindahan fail atau pengecasan menerusinya. Sudah pasti perkara ini akan memakan ruang yang banyak sekiranya ingin dibawa kesemuanya apabila bergerak ke suatu lokasi.

Menerusi perkongsian ciapan yang dibuat oleh @helmyyelmo, beliau telah menjumpai sebuah produk yang boleh menyelesaikan kesemua masalah kabel yang perlu dibawa iaitu set kabel data multifungsi keluaran Remax. Remax RC-190 ini mempunyai pelbagai fungsi menarik menerusinya yang boleh digunakan pada aktiviti seharian anda.

Menerusi Remax RC-190, ia sudah tersedia satu kabel dengan berbagai jenis sambungan kepala kabel yang diperlukan oleh mana-mana peranti Android dan iOS bersamanya. Malah, kabel yang dibekalkan juga mempunyai sokongan pengecasan pantas sehingga 60W yang mana sudah pasti dapat mengecas penuh bateri peranti anda dengan pantas.

Rekaannya yang sangat kompak boleh dimuatkan pada ruangan yang kecil dengan mudah. Menariknya, anda juga boleh jadikan set ini sebagai phone stand untuk menonton konten tanpa perlu dipegang lagi. Selain itu, sim kad dan bersama pin pembuka slot sim turut tersedia yang mana boleh diakses dengan mudah pada bila-bila masa.

Sumber Gambar: Shopee

Sekiranya anda berminat dengan produk ini, anda boleh dapatkannya pada harga serendah RM17.90 di Lazada atau RM23 di Shopee. Anda juga boleh menggunakan baucar diskaun untuk mendapatkan pada harga yang lebih rendah.

Dengan kehadiran set ini sudah pasti anda sudah tidak perlu risau lagi akan masalah kabel untuk pelbagai peranti yang digunakan pada ketika ini. Malah, anda juga boleh menyimpan atau menukar sim kad sekiranya diperlukan nanti.

Sebelum ini juga, seorang lelaki ini sudah berkongsikan bagaimana sebuah Smart Plug Wifi yang dipakai boleh memudahkan kerja seharian.

Serendah RM26.50, Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana ‘Smart Plug WiFi’ Mampu Mudahkan Kerja Seharian

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’