Aplikasi Telegram bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi, malah ia lebih digemari digunakan untuk memuat turun atau memindahkan fail yang besar.  Namun, masih ramai tidak mengetahui cara kosongkan fail telegram yang sering memakan storan dalaman peranti.

Dalam masa yang sama, ia juga boleh menganggu aktiviti seharian anda terutamanya berkaitan urusan kerja dan seumpamanya. Oleh itu, mari kita mempelajari cara kosongkan fail Telegram dalam mengatasi masalah tersebut daripada berlaku lagi.

1. Pertama sekali, anda perlu buka aplikasi Telegram dan pergi ke bahagian Settings.

Sumber Gambar: Aplikasi Telegram

2. Klik pada Data and Storage.

cara kosongkan fail telegram
Sumber Gambar: Aplikasi Telegram

3. Tekan pula Storage Usage.

cara kosongkan fail telegram
Sumber Gambar; Aplikasi Telegram

4. Selepas itu, klik pada Clear Telegram Cache.

cara kosongkan fail telegram
Sumber Gambar; Aplikasi Telegram

5. Akhir sekali, tekan pada Clear Local Database jika ada dipaparkan fail yang masih tersimpan dan sudah selesai.

Sumber Gambar: Aplikasi Telegram

Untuk makluman, anda juga boleh menetapkan pula agar Telegram terus menghapuskan kesemua fail daripada storan secara automatik pada tempoh tertentu. Pada bahagian Keep Media, anda boleh memilih untuk menghapuskan fail secara automatik daripada tiga hari sehingga sebulan dan boleh juga serta merta pada setiap masa.

Jika anda tidak mahu menetapkan berdasarkan tempoh, anda boleh pilih untuk tetapkan berdasarkan saiz. Di Maximum Cache Size pula, anda boleh pilih antara 5GB hingga 50GB besanya. Dengan menetapkan saiz fail tertentu, Telegram secara automatik akan padam semua fail yang melebih saiz yang ditetapkan.

Dalam pada itu, anda juga tidak harus khuatir akan fail yang dihapuskan kerana ia masih boleh dimuat turun semula menerusi mesej yang dihantar. Fail yang dipadam hanyalah fail yang terdapat pada peranti yang digunakan dan bukan sumber asalnya.

Dengan tutorial cara kosongkan fail Telegram ini, sepatutnya fail-fail media yang sering memenuhi peranti anda sudah tidak wujud lagi. Malah, anda boleh menguruskan fail media dengan lebih baik dan hanya menyimpan perkara penting sahaja.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui cara jimat membayar bil telco bulanan menerusi Shopee.

Terima ‘Cashback’ Sehingga 25%, Ini Caranya Jimat Bayar Bil Telco Menerusi Shopee

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell

Sumber