Jika anda mengikuti kisah Ghozali Everyday sebelum ini, beliau sudah pun membayar sejumlah cukai hasil yang dikenakan bagi keuntungan yang diterima daripada penjualan NFTnya. Malah, dengan perkembangan urus niaga kripto yang positif di seluruh dunia telah menarik kerajaan Indonesia untuk menambah cukai baharu menerusinya.

Terbaharu, kerajaan Indonesia merancang untuk mengenakan cukai nilai tambah (VAT) ke atas urus niaga aset kripto dan cukai pendapatan ke atas keuntungan modal daripada pelaburan sedemikian pada 0.1% setiap transaksi bermula 1 Mei kelak. Hal ini kerana terdapat peningkatan ketara yang dilihat dalam perdagangan aset digital.

Sumber Gambar: Arab News

“Aset kripto akan tertakluk kepada VAT kerana ia adalah komoditi seperti yang ditakrifkan oleh Kementerian Perdagangan  dan bukanlah mata wang”, kata pengawai cukai Indonesia, Hestu Yoga Saksama. Oleh itu, mereka akan mengenakan cukai pendapatan dan VAT.

Tambahnya lagi, kerajaan masih mengusahakan peraturan pelaksanaan cukai tersebut. Undang-undang itu bertujuan untuk mengoptimumkan kutipan hasil yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Cukai keuntungan modal 0.1% sepadan dengan kadar yang dicaj oleh pelabur Indonesia ke atas saham.

Dianggarkan seramai 7.4 juta rakyat telah melabur dalam kriptowang sejak Julai lalu di mana menunjukkan peningkatan jumlah dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Jadi, tidak mustahil pengenalan cukai baharu ini juga bakal diikuti oleh negara lain kelak selaras dengan perkembangan positif dagangan aset digital pada hari ini.

Selain Indonesia, Singapura juga sedia mengenakan cukai pendapatan ke atas transaksi NFT bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan Singapura Bakal Kenakan Cukai Pendapatan Terhadap Transaksi NFT

Rusia Cadang Untuk Terima Pembelian Minyak Dan Gas Menggunakan Bitcoin