Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebagai peneraju pasaran teknologi, HUAWEI nampaknya semakin serius dalam menawarkan seleksi produk yang bukan sahaja menarik malah memfokuskan kepada keperluan semasa pengguna. Variasi produk yang menggunakan konsep ‘1+8+N’ beserta teknologi AI antara yang mendorong syarikat ini dalam menawarkan yang terbaik buat para penguna.

Melihat kepada trend semasa di mana pengguna bukan sahaja mahukan peranti terbaik malah penuh dengan gaya, HUAWEI nampaknya telah melancarkan dua produk terbaru iaitu HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3.

Model yang baru dilancarkan ini bukan sahaja elegan dan penuh dengan gaya, malah bakal turut memudahkan pengguna dengan penawaran spesifikasi dan fungsi yang pelbagai. Ayuh kita ketahui lebih lanjut mengenai dua model berbaloi daripada HUAWEI ini.

HUAWEI nova 9

1. Rekaan yang elegan

Sumber: trusted reviews

Seperti ramai sedia maklum, rekaan telefon pintar sentiasa berevolusi. Semuanya dilakukan dalam menjamin pengguna tidak bosan dengan rekaan yang sedia ada yang hampir sama.

Menerusi HUAWEI nova 9, syarikat ini dilihat tampil berbeza daripada kebiasaan dengan tidak menawarkan warna yang lebih unik atau rare dalam menyerlahkan penggayaan penggunanya.

HUAWEI nova 9 ditawarkan dengan Starry Blue dan Black mengikut personaliti pengguna serta turut hadir dengan ketebalan senipis 7.77mm sahaja beserta berat 175g. Skrin bersaiz 6.57-inci pada model ini pastinya memberi kepuasan tontonan kepada pengguna di samping kaca melengkung pada bahagian tepi model ini dalam membuatkan HUAWEI nova 9 tampil menyerlah.

2. Dilengkapi dengan sokongan video selfie 4K UltraHD

Dalam mendapatkan telefon pintar, pastinya pengguna dambakan sebuah telefon pintar yang mampu menjalankan pelbagai fungsi dengan baik dalam menjamin penggunaan yang panjang.

Menerusi HUAWEI nova 9, para pengguna bukan sahaja dapat mengambil gambar dengan kamera 32-megapixel dalam mendapat imej yang terbaik, malah model ini turut membolehkan pengguna merakam video dengan resolusi sehingga 4K UltraHD.

Fungsi yang ditawarkan pastinya bakal dimanfaatkan khusus buat pengguna yang mahu menjalankan live stream dan vlog.

Bukan itu sahaja, model ini turut menyokong AIS Selfie Video Stabilisation yang membantu untuk mengurangkan gegaran membolehkan pengguna merakam sambil berjalan tanpa masalah seakan menggunakan kamera profesional.

Oh ya, model ini turut menyokong fungsi Dual View di mana pengguna bukan sahaja dapat merakam menggunakan kamera hadapan, malah turut berpeluang merakam menggunakan kamera belakang secara serentak. Menarik bukan?

3. Hadir dengan kamera 50-megapixel RYYB Ultra Vision

Mengulas mengenai kamera, tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal kamera utama HUAWEI nova 9. Menerusi kamera utama model ini, HUAWEI telah melengkapkan ciri RYYB Super Sensing dalam menawarkan kualiti gambar yang lebih jelas dan terang.

Selain itu, model ini turut menyokong sokongan rakaman 4K pada kadar 30 fps yang sekaligus membolehkan pengguna merakam untuk membuat vlog.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

4. Sokongan HUAWEI Mobile Services

Menerusi penggunaan telefon pintar, anda tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan seleksi apliaksi yang popular. Hanya dengan melayari HUAWEI AppGallery, anda sudah berpeluang mendapatkan pelbagai aplikasi popular seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Selain itu, buat anda yang memuat turun aplikasi daripada Google, anda boleh mendapatkannya dengan melayari HUAWEI AppGallery dan cari Gspace. Untuk pengetahuan, Gspace merupakan sebuah aplikasi yang mengumpul kesemua aplikasi Google yang anda perlukan sebagai Gmail, Google Maps, Google Photos dan sebagainya.

Aplikasi penstriman seperti Viu, iQiyi, YouTube, iFlix dan Netflix juga turut tersedia menerusi HUAWEI AppGallery atau Petal Search. Semudah cari dan muat turun sahaja untuk menonton siri kegemaran anda.

Buat anda yang kerap bermain game, permainan seperti Asphalt 8, PUBG Mobile, Mobile Legends dan Modern Combat Versus pastinya menjadi peneman baik anda.

HUAWEI WATCH GT 3

1. Gabungan terbaik untuk memudahkan urusan anda

Dalam usaha untuk memberi kemudahan kepada para pengguna, HUAWEI nampaknya tidak hanya memfokuskan kepada telefon pintar malah turut menghasilkan jam tangan pintar yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

Menerusi penggunaan jam tangan pintar, anda tidak lagi menghadapi masalah untuk mengangkat panggilan dengan pantas semudah satu sentuhan pada jam tangan pintar.

Bukan itu sahaja, memilih lagu pada aplikasi penstriman anda juga lebih mudah di mana anda boleh memilihnya dengan hanya menggunakan jam tangan pintar sahaja. Semua ini dapat direalisasikan menggunakan HUAWEI WATCH GT3. Serius best!

2. Melengkapkan penggayaan anda

Sama ada lelaki mahupun wanita, memakai jam tangan sudah menjadi aksesori wajib untuk tampil bergaya disamping mengetahui waktu. Dalam pada itu, mendapatkan jam tangan terbaik yang mempunyai rekaan yang menarik, fungsi yang pelbagai pastinya menyukarkan anda.

Melihat kepada isu yang berlaku, HUAWEI nampaknya berjaya menawarkan HUAWEI WATCH GT 3 yang bukan sahaja memfokuskan kepada spesifikasi dan fungsi malah turut sesuai digunakan untuk pengayaan seharian.

Model ini memfokuskan kepada rekaan minimalis seiring dengan gaya penggayaan kini serta hadir dengan dua variasi model yang terdiri daripada 42mm dan 46mm.

Selain itu, model ini turut ditawarkan bersama beberapa pilihan tali jam tangan dengan material berbeza mengikut kesesuaian pengguna sama ada untuk menghadiri mesyuarat mahupun untuk ke gim.

3. Ketahanan bateri yang panjang

Mempunyai jam tangan pintar yang hebat tanpa ketahanan bateri yang panjang juga turut menyukarkan pengguna. Dalam pada itu, isu ini nampaknya tidak berlaku pada HUAWEI WATCH GT 3 yang mempunyai ketahanan bateri yang panjang dan juga turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar.

Oh ya, nak tahu apa yang lebih menarik, model ini turut menyokong reverse charging di mana anda boleh terus mengecas HUAWEI WATCH GT 3 pada belakang model telefon pintar HUAWEI terpilih dan HUAWEI WATCH GT 3 akan terus dicas. Mudah bukan?

Berdasarkan penawaran yang ditawarkan, jelas HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3 merupakan kombinasi terbaik. Para pengguna tidak lagi terlepas untuk sedia berhubung bersama rakan kerja mahupun keluarga menerusi fungsi yang ditawarkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 9 dengan klik di sini dan HUAWEI WATCH GT 3 dengan klik di sini. Para pengguna berpeluang turut berpeluang mendapatkan kedua-dua model ini di Shopee dan juga Lazada. Selain itu, para pengguna berpeluang mencubanya terlebih dahulu menerusi rangkaian rasmi HUAWEI yang tersedia.

Tonton review penuh VOCKET mengenai HUAWEI nova 9 untuk mengetahui lebih lanjut mengapa model ini menjadi pilihan pengguna.

Rekaan Kamera Belakang Serius Cun, Apa Lagi Yang Best Pada HUAWEI nova 9?

HUAWEI WATCH GT 3 Dan FreeBuds Lipstick, Aksesori Berbaloi Pilihan Pengguna Yang Pentingkan Gaya