Siapa sangka pihak penyedia perkhidmatan kewangan yang dahulunya sangat skeptikal berkaitan blockchain dan metaverse juga kini sudah terbuka hati untuk mencuba sesuatu yang baharu.
HSBC selaku salah satu penyedia perkhidmatan perbankan dan kewangan antarabangsa terbesar dunia baru sahaja mengumumkan tentang penyertaan metaverse di bawah The Sandbox. Dengan kerjasama The Sandbox ini bakal membolehkan bank tersebut mencipta pengalaman yang unik buat pelanggan baharu dan sedia ada dan tampil sebagai jenama inovatif.
Difahamkan HSBC bakal membeli sebidang tanah atau dipanggil sebagai LAND di The Sandbox yang kemudiannya akan dibangunkan untuk menarik dan berhubung dengan peminat sukan, e-Sukan dan gamer. Setakat ini masih belum ada perincian mengenai apakah yang ingin dibangunkan pada tanah tersebut tetapi sudah terdapat teaser GIF untuk promosi.
Malah, pihak HSBC juga melihat ini merupakan potensi besar dalam mencipta pengalaman baharu menerusi kombinasi platform tersebut. Perjanjian itu membuka pintu kepada institusi global lain untuk terus berinovasi dengan lebih luas terhadap potensi teknologi blockhain, desentralasi dan sebagainya.
Selain itu, McDonald’s juga sudah pun mempunyai perancangan dalam membangunkan sebuah restoran maya dalam metaverse kelak.
Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse
Restoran NFT Pertama Dunia Bakal Dibuka Di New York Pada 2023