Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ruangan metaverse sedang giat diterokai oleh ramai pihak oleh kerana mahu mengikuti trend semasa serta dijangka bakal digunakan secara meluas kelak. Maka, timbul pelbagai idea menarik yang mahu menggabungkan elemen dunia sebenar bersama maya untuk merasai pengalaman yang unik menerusinya.

Terkini, McDonald’s juga nampaknya mahu turut serta dengan memperluaskan lagi peluang perniagaan ke metaverse selepas dikesan menfailkan beberapa paten ke USPTO pada awal bulan ini.

Menerusinya, mereka berminat untuk membuka restoran maya dalam dunia meta yang akan menjual barangan digital dan barangan sebenar lalu dihantar ke rumah pelanggan.

Sumber Gambar: Twitter

Malah, anda juga boleh memesan barangan di metaverse¬†pada masa kelak seperti mana yang dibuat menerusi aplikasi ketika ini. Tambahan pula, McDonald’s turut dalam perancangan untuk menganjurkan¬† pelbagai acara hiburan yang menarik termasuklah konsert secara maya kelak.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Selain itu, syarikat ini juga mempunyai perancangan menawarkan karya seni, teks, audio, fail video dan NFT buat para peminatnya. Penyertaan McDonald’s pada kali ini menunjukkan mereka sangat optimis dengan idea metaverse yang dijangka boleh meningkatkan lagi hasil keuntungan menerusinya dalam tempoh jangka masa panjang.

Selain McDonalds, individu sensasi internet iaitu Gary Vee juga sudah merancang untuk membukat restoran sushi NFT pertama di dunia pada tahun hadapan.

Restoran NFT Pertama Dunia Bakal Dibuka Di New York Pada 2023

Model Baharu Alfa Romeo ‘Tonale’ Bakal Guna Pakai Teknologi Blockchain Dan NFT