Antara kategori yang sedia dipertandingkan di dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel adalah Dota 2 dan eFootball. Pasukan Malaysia kini berjaya meraih tiga pingat emas daripada enam kategori yang dipertadingkan pada acara kali ini. Pasti ramai ingin mengetahui kisah sebenar di sebalik kejayaan pasukan E-Sukan Malaysia.
Menerusi perkongsian pemilik akaun Tifani “Babyoling” Lim di Facebook, beliau selaku sebahagian ahli pasukan wanita Dota 2 Malaysia telah menceritakan asam garam perjalanan yang perlu ditempuhi oleh kontijen E-Sukan Malaysia sebelum berjaya mengecapi kejayaan besar di kejohanan E-Sukan Komanwel kali ini.
Lebih menyukarkan lagi keadaan, pasukan E-Sukan Malaysia juga hampir tidak dapat terbang ke sukan Komanwel ekoran ketiadaan penaja yang berminat untuk membantu mereka. Namun, pasukan Malaysia berjaya membuktikan bahawa mereka juga mempunyai skil berkelas dunia dengan memenangi acara yang dipertandingkan.
Diharapkan dengan kejayaan besar kali ini akan membuka mata banyak pihak untuk terus membantu dalam membangunkan bakat-bakat pemain e-Sukan tempatan ke peringkat global. Tahniah diucapkan kepada pasukan e-Sukan Malaysia yang membawa kejayaan besar serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Pada Februari lalu, Soloz telah menerima pingat kebaktian Negeri Sembilan kerana berjaya menaikkan industri E-Sukan Malaysia.
Berjaya Naikkan Industri E-Sukan Tempatan, Soloz Terima Pingat Jasa Kebaktian, Negeri Sembilan
Jepun Bakal Membuka Sekolah Menengah Fokuskan E-Sukan Seawal Tahun 2022