Arena e-sukan menerima populariti yang cukup besar di seluruh dunia tidak kira daripada sebarang platform di mana pelbagai acara pertandingan secara besar-besaran. Bahkan, para pemain berpeluang memenangi sejumlah besar wang hadiah sehingga mencecah jutaan ringgit.

Terdapat pelbagai syarikat sudah melihat potensi perkembangan arena e-sukan yang kian berkembang dengan menaja mereka yang berbakat di dalam sesebuah permainan. Manakala di Jepun pula, mereka bakal membuka sebuah sekolah menengah yang menfokuskan e-sukan secara khususnya yang dinamakan sebagai Esports Kautou Gakuin.

Sekolah e-sukan ini telah dibiayai oleh syarikat Jepun, NTT bersama kelab bola sepak, Tokyo Verdey. Kakitangan pula akan terdiri daripada para profesional industri daripada kedua-dua syarikat ini berserta pemain profesional e-sukan bagi setiap permainan secara khusus.

Menariknya, para pelajar yang menyertai sekolah ini berpeluang mengakses kepada peralatan komputer yang cukup berkuasa tinggi dengan model Galleria XA7C-R37 dijana Intel Core i7-11700 berserta kad grafik RTX 3070. Hal ini bagi memastikan setiap permainan boleh dimainkan pada tahap yang optimum serta mempamerkan prestasi yang baik.

Sumber Gambar: esport high school

Bagaimanapun, para pelajar masih akan mempelajari kurikulum sekolah menengah Jepun standard di mana pada masa yang sama menjalani latihan e-sukan meliputi pelbagai jenis permainan. Sekolah menengah e-sukan ini akan mulai beroperasi pada April 2022 kelak di Shibuya, Tokyo.

Baru-baru ini, profesor di jepun berjaya mencipta skrin yang mampu menghasilkan rasa makanan apabila dijilat padanya.

Profesor Di Jepun Cipta Skrin Yang Boleh Hasilkan Rasa Makanan Apabila Dijilat

Saintis Jepun Hasilkan Pelitup Muka Yang Bercahaya Apabila Terdedah Kepada COVID-19