Sebut mengenai Apple, pasti ramai yang melabelkan jenama ini sebagai penawar telefon pintar dengan harga yang mahal dan premium. Dalam pada itu, harganya yang tinggi tidak menghalang jenama ini dalam menjadi rebutan orang ramai sekaligus meningkatkan angka penjualan.

Terbaharu, menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Counterpoint mengenai laporan pendapatan telefon pintar dunia pada tahun 2021, Apple berjaya menguasai 44% daripada pendapatan menerusi penjualan pelbagai siri iPhone yang ditawarkan.

Sebagai rekod, penjualan telefon pintar dunia pada tahun 2021 adalah $448 bilion (~RM1.18 trilion) manakala Apple berjaya meraih $196 bilion (~RM823.20 bilion).

Jenama Samsung muncul sebagai jenama kedua meraih pendapatan tertinggi dengan 16% diikuti dengan Oppo dan Xiaomi di mana masing-masing meraih 8.3% dan 8.0%.

Untuk pengetahuan, dari segi jumlah penjualan, Samsung berjaya meraih jumlah penjualan yang lebih tinggi daripada Apple namun angka pendapatan bagi kedua-dua menunjukkan statistik yang sebaliknya.

Secara purata, telefon pintar Apple ditawarkan pada harga $825 (~RM3,465) manakala Samsung pula ditawarkan pada harga $263 (RM1,104.60). Difahamkan di sebalik masalah ekonomi serta pandemik yang melanda, data daripada Counterpoint telefon pintar premium antara yang menjadi pilihan pengguna.

Tular pada minggu ini apabila seorang wanita bertudung hijau dilaporkan telah mencuri iPhone 13 Pro Max milik seorang pengguna di sebuah pasar raya terkemuka sebelum ditemui semula.

iPhone 13 Pro Max Dicuri Wanita Bertudung Hijau, Para Netizen Saran Pemilik Guna Fungsi Find My

440,000 Pengguna Masih Belum Beralih Ke Peranti 4G, SKMM Sasarkan Penutupan 3G Pada 31 Mac Ini

Sumber