Setelah sekian lama peminat di luar sana menantikan sebuah peranti flagship terbaru daripada Google, akhirnya mereka melancarkan secara rasmi dengan pelbagai ciri menarik menerusi siri Pixel 6 kali ini. Peranti flagship ini bakal bersaing dengan jenama besar lain seperti Apple, Samsung dan lain-lain lagi.
Sebanyak dua model yang diperkenalkan iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro di mana telefon pintar ini merupakan satu anjakan baharu buat Google kerana menggunakan cip pemproses tersendiri, Google Tensor bersama cip keselamatan Titan M2 dengan rekaan baharu serta fungsi-fungsi menarik dan fokus utamanya terhadap teknologi kamera kali ini oleh peminat.
Pixel 6 Pro
Pixel 6 Pro hadir dengan skrin sebesar 6.7-inci QH+ dengan panel LTPO AMOLED yang turut dilindungi dengan Gorilla Glass Victus dengan sokongan adaptif refresh rate 120Hz. Peranti ini juga dipadankan dengan memori sebesar 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Selain itu, model ini turut mempunyai sokongan rangakaian 5G yang lebih berkuasa, cip UWB, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari bawah skrin dan mempunyai penarafan kalis air IP68. Kapasiti bateri sebesar 5,000 juga menyokong pengecasan pantas 33W dan pengecasan wireless 23W serta dengan pengecasan berbalik pada peranti lain menerusi ciri Battery Share.
Bercakap berkaitan kamera pula, ia hadir dengan sensor utama 50MP wide GN1 dengan OIS serta EIS yang dipadankan lagi bersama lensa 12MP ultra-wide, dan 48MP telefoto yang berkemampuan zum optikal 4x serta zum Super Res 20x. Sementara kamera swafoto pula dilengkapi sensor sebesar 12MP.
Pixel 6
Perbezaan yang boleh dilihat bagi model Pixel 6 dan Pixel 6 Pro hanyalah pada saiz dan skrin resolusi, sokongan refresh rate yang lebih rendah, bateri lebih kecil dan ketiadaan kamera telefoto sahaja. Telefon ini mempunyai skrin berukuran 6.4-inci AMOLED dengan refresh rate 90Hz.
Kapasiti bateri hanyalah 4,614mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W, pengecasan wireless 21W dan mempunyai sokongan Battery Share. Dari segi memori telah dihadkan pada 8GB RAM sahaja dengan dua pilihan storan dalaman sama ada 128GB atau 256GB. Ciri kamera dan fungsi-fungsi lain masih sama seperti model 6 Pro.
Now you blur it, now you don’t. 🎡 #MotionMode on #Pixel6 lets you create beautiful, long-exposure shots with texture and energy.#Pixel6Launch pic.twitter.com/4MDoUftklU
— Made by Google (@madebygoogle) October 19, 2021
Kedua-dua model ini telah dilengkapi dengan sejumlah ciri dan fungsi serba baharu pada kamera seperti teknologi babyface, Magic Eraser yang membolehkan pembuangan objek yang tidak diingini dalam gambar, mod Motion yang boleh mengambil gambar objek bergerak dengan jelas dan banyak lagi.
Siri Pixel 6 ini akan menerima kemas kini sistem sekuriti selama 5 tahun dengan menjalankan sistem Android 12. Penawaran Pixel ini hanya terdapat pada pasaran terpilih seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Pixel 6 dijual pada tanda harga bermula $599 (~RM2,488) dengan pilihan warna perak, emas dan hitam.
Sementara Pixel 6 Pro sedia didapatkan dengan harga bermula $899 (~RM3,374) dengan pilihan warna seperti jingga, hijau dan hitam. Malah, pengguna sudah boleh membuat pra-tempahan pada hari ini dan dijangka bakal dijual secara rasmi pada 28 Oktober kelak.
Dikatakan Google bakal menamatkan pengeluaran Pixel 4A 5G dan Pixel 5 tahun ini untuk memberi fokus kepada peranti siri Pixel 6.
Google Bakal Tamatkan Pengeluaran Pixel 4A 5G Dan Pixel 5 Tahun Ini
Google Pixel 5A 5G Hadir Dengan Bateri Dan Saiz Skrin Lebih Besar Pada Harga Di Bawah RM2,000