Pada awal bulan ini, Google telah mempamerkan siri Pixel kelas flagship mereka iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang bakal hadir dengan rekaan yang baru serta cip buatan sendiri, Tensor. NamunĀ  begitu, Google masih belum memberikan sebarang informasi berkaitan tarikh rasmi pelancaran bagi model ini.

Berdasarkan laporan terkini, Google dipercayai bakal melancarkan siri telefon terbaru mereka pada 13 September ini di mana sehari sebelum pelancaran Apple iPhone 13. Kedua-dua tarikh ini masih di dalam spekulasi di antara pengguna internet kerana masih belum disahkan secara rasmi daripada syarikat gergasi tersebut.

vocket-tech-news-pixel6baru-1
Sumber Gambar: GSMArena

Antara perkara yang menarik pada siri kali ini semestinya tentang cip pemproses yang dibangunkan oleh Google khusus untuk peranti Pixel. Cip ini bakal menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik serta kemampuan AI yang lebih maju. Prestasi kamera juga telah dipertingkatkan dengan bantuan AI menerusi penggunaan cip tersebut.

Jangkaan pelbagai syarikat pengeluar peranti akan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi produk terbaru mereka dalam masa terdekat ini. Setakat ini, kita hanya boleh menunggu kenyataan rasmi daripada Google untuk mengesahkan berkenaan ini.

Kemungkinan siri Google Pixel 6 bakal hadir dengan pengimbas cap jari di bawah skrin selepas tertiris daripada eksekuti Google sendiri.

Eksekutif Google Sahkan Siri Pixel 6 Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Di Bawah Skrin

Google Dedahkan Dua Buah Model Terbaru Mereka Iaitu Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro

Sumber