Apple sebelum ini pernah menawarkan pengecas bersama iPhone yang baru dibeli namun ia tidak disertakan lagi atas faktor penjagaan alam sekitar. Dalam pada itu, tindakan tersebut nampaknya kurang disenangi oleh majoriti pengguna di mana pihak Apple sendiri turut menerima tekanan daripada Brazil untuk menyertakan pengecas sekali sebagai satu pakej.

Terbaharu, sekumpulan pelajar universiti di China telah menfailkan saman terhadap Apple kerana tidak menyertakan pengecas lagi pada iPhone 12 yang dibelinya.

Salah satu alasan yang diutarakan oleh mereka adalah kabel USB-C Lightning yang disediakan tidak menyokong pengecas jenama lain yang sekaligus menyukarkan mereka untuk mengecas.

Sumber Gambar: Tom’s guide

Malah, Apple dilihat hanya mahu mempromosikan produk pengecas wireless Magsafe yang didakwa pengaliran tenaga yang tidak efisien dan menggunakan tenaga yang lebih tinggi berbanding penggunaan pengecas berwayar yang biasa.

Setakat ini, kes ini masih berjalan di China dan sedang menanti keputusan daripada pihak mahkamah. Sementara itu, syarikat lain yang juga mengikut langkah ketiadaan penyertaan pengecas pada setiap pembelian telefon pintar baharu masih diberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkannya secara percuma.

Kesatuan Eropah sangat optimis dengan penyeragaman penggunaan sistem pengecasan jenis USB-C terhadap semua syarikat gergasi yang menawarkan peranti elektronik.

iPhone Mungkin Hadir Tanpa Port Pengecas Selepas Ini Disebabkan Polisi Baharu Eropah

Brazil Sekali Lagi Akan Saman Apple Kerana Tidak Menyediakan Pengecas Pada Siri iPhone 13

Sumber