Ciri Face ID sudah mulai ditawarkan pada beberapa model iPhone bermula model iPhone X bagi tujuan pengesahan pengguna oleh Apple. Teknologi ini diperkenalkan bagi menggantikan penggunaan Touch ID.

Menerusi perkongsian buletin mingguan terbaru Bloomberg, dilaporkan teknologi Face ID akan mula diperluaskan ke barisan Mac dalam beberapa tahun lagi.

vocket-tech-news-faceid-2
Sumber Gambar: TechRepublic

Selain itu, semua model iPhone termasuk iPhone SE serta model iPad juga bakal menerima integrasi ciri Face ID ini. Perubahan ini termasuk menggunakan kamera disebalik skrin yang memudahkan lagi implementasi serta menggurangkan kos daripada penggunaan notch sebelum ini.

Kehadiran intergrasi Face ID pada Mac dapat mendekatkan jurang antara peranti mudah alih dan komputer yang berpeluang memberikan pengalaman penggunaan yang lebih efisien buat para pengguna.

Terdapat ura-ura memaklumkan Apple mungkin akan menawarkan siri model iPhone 13 dengan ruang storan dalaman sehingga 1TB.

Apple iPhone 13 Mungkin Ditawarkan Dengan Ruang Storan Sehingga 1TB

Apple Dijangka Bakal Perkenalkan iPhone Pro Max Versi Bajet Pada Tahun Hadapan