Emoji telah menjadi sebahagian perkara penting dalam bermesej pada hari ini. Mesej yang disampaikan tampak lebih hidup dan ceria yang boleh memberikan ekspresi seperti di dunia sebenar pada subjek yang dibualkan. Setiap tahun, pelbagai emoji akan ditambah dalam menawarkan pengalaman permesejan yang lebih menarik buat para pengguna.

Terkini, Konsertium Unicode yang merupakan entiti yang berperanan untuk meluluskan setiap draf emoji baharu yang diterbitkan telah memuktamadkan draf bagi emoji 4.0. Sebanyak 37 emoji baharu yang bakal hadir menerusi semua platform menjelang 2022.

Sumber Gambar: CNN

Antara emoji baru yang diluluskan termasuklah sign tangan berbentuk hati, emoji tabik, bateri lemah dan lain-lain lagi. Terdapat juga emoji ‘ kontroversi’ dalam melambangkan kebebasan hak individu seperti lelaki hamil, individu tanpa jantina yang memakai mahkota dan juga emoji berjabat tangan dengan perbezaan tona warna untuk melambangkan pelbagai bangsa.

Dijangkakan syarikat-syarikat terkemuka seperti Apple, Google dan Microsoft akan mengimplemen emoji berkenaan pada sistem operasi mereka sendiri nanti. Maka, anda boleh menjangkakan sejumlah emoji baharu bakal ditawarkan pada peranti masing-masing pada tahun 2022 kelak.

Tahukah anda majoriti golongan berumur tersalah anggap emoji “middle finger” sebagai tunjuk arah.

Ramai Golongan Berumur Tersalah Anggap Emoji ‘Middle Finger’ Sebagai ‘Tunjuk’

https://www.thevocket.com/tiga-negara-ini-layak-menang-emas-kerana-paling-heboh-di-media-sosial-sepanjang-olimpik-2020/

Sumber