Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tesla sebelum ini telah berkongsi idea mereka yang mahu membangunkan robot berbentuk manusia yang dinamakan Optimus. Sebelum ini, Elon Musk pernah mengacah dengan beberapa visual dan spesifikasi ringkas tentang robot berkenaan.

Terkini, Elon Musk mengatakan mereka sedang berusaha keras dalam menyiapkan prototaip robot tersebut seawal September 2022 ini. Tesla dijangka bakal mempersembahkan robot Optimus pada September kelari selaras dengan acara tahunan mereka iaitu AI Day.

Sumber Gambar: Tesla

Buat masa ini, masih tidak diketahui lagi apakah yang bakal ditawarkan menerusi robot prototaip pertama Tesla ini. Setakat informasi ringkas yang pernah dikongsikan tentang robot ini adalah akan membantu manusia membuat tugasan berulang dan merbahaya.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Dengan ini, manusia boleh menfokuskan kepada perkara-perkara yang lebih penting. Malah, dijangkakan perniagaan robot di bawah Tesla ini berkemungkinan mengatasi kereta elektrik mereka sekiranya penawaran robot ini menarik minat pemain-pemain industri di luar sana.

Selain itu, Elon Musk turut sudah mendedahkan Steam akan tersedia pada kereta Tesla tidak lama lagi.

Elon Musk Dedahkan Steam Akan Tersedia Pada Kereta Tesla Tidak Lama Lagi

Tesla Dilaporkan Mahu Melombong Kriptowang Menggunakan Tenaga Solar