El Salvador Laporkan Peningkatan Pelancong Sebanyak 30% Selepas Penggunaan Bitcoin Secara Rasmi

El Salvador merupakan negara pertama di dunia yang menjadikan Bitcoin matawang rasmi mereka untuk urusan transaksi. Walaupun pada mulanya ramai membidas tindakan presidennya yang memperjudikan sistem monetari negara, tetapi kini dilihat memberi impak positif kepada industri pelancongan di negara tersebut.

Terbaharu, Menteri Pelancongan Negara El Salvador, Morena Valdez telah mendedahkan bahawa sektor pelancongan negara tersebut telah meningkat sebanyak 30% yang mana majoriti pengunjung datang dari Amerika Syarikat. Hal ini berdasarkan tinjauan rekod yang dibuat untuk menyemak perkembangan sebelum dan selepas mengadaptasi Bitcoin.

Sumber Gambar: Racounter

Sektor pelancongan di negara itu telah meningkat lebih daripada 30% pada bulan November dan Disember tahun lalu. Secara purata, pelawat juga telah membelanjakan lebih banyak dengan adanya Bitcoin yang mana dianggarkan bahawa keuntungan dari pelancongan sahaja sudah menghampiri $1.4 juta (~RM5.87 juta).

Malah, mereka dijangka bakal menerima lebih banyak keuntungan sekiranya boleh menjayakan pelan Bandar Bitcoin seperti yang dirancangkan oleh Presidennya sebelum ini. Ditambah pula kecanggihan bandar tersebut sedia menarik lebih banyak pelabur kripto untuk mendiami serta membangunkan negara itu bersama-sama.

Selain El Saldavor, Thailand juga berhasrat menjadi negara mesra kripto untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara ke tempat mereka.

Mahu Tarik Pelancong Luar, Thailand Cadang Menjadi Negara Mesra Kripto

Thailand Dalam Perancangan Untuk Membenarkan Penerimaan Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran

Kafe Di Thailand Ini Tampil Unik Tawarkan Nasihat Berkaitan Kripto Bersama Kopi Dan Kek

Sumber
Exit mobile version