Tidak dinafikan populariti kriptowang menjadi tarikan utama di seluruh dunia yang membuatkan sesiapa yang memilikinya kelihatan lebih advance berbanding orang lain. Malah, kriptowang sudahpun mulai diterima sebagai alat pembayaran buat sesetengah negara.

Disebabkan perkembangan kriptowang yang cukup pesat, nampaknya sebuah kafe, HIP Coffee & Restaurant di Thailand telah mengambil peluang dengan menjadikan ia sebagai daya tarikan termasuklah memberi nasihat berkaitan kriptowang sambil menikmati kek dan kopi serta menambah sejumlah skrin yang menunjukkan pergerakan pasaran terkini.

Sumber Gambar: Facebook

Keunikan yang ditawarkan sekaligus menjadi tumpuan para pedagang kriptowang untuk meluangkan masa sambil berkongsi ilmu berkaitan kriptowang bersama komuniti terdekat. Ditambah pula suasana kafe yang cukup harmoni bertemakan alam semula jadi sekaligus dapat menenangkan minda para pedagang sambil membuat strategi keputusan dagangan berikutnya.

Malah, para pelanggan juga meluahkan rasa gembira dengan insiatif yang dibuat oleh kafe itu kerana dapat menghimpunkan komuniti kriptowang di satu tempat serta saling bertukar idea. Ditambah pula kriptowang sedang mendapatkan momentum di negara Thailand dengan jumlah dagangan aset digital mencecah $7.4 juta(RM31.3 juta).

Sumber Gambar: Facebook

Menariknya, pengurus kafe itu juga mengatakan bahawa mereka sedia menawarkan peluang pelan alternatif pelaburan serta mengajar cara mencipta token kriptowang sendiri buat penduduk di sekitar kawasan Nakhon Ratchasima.

Malah, mereka sendiri mengaku menerima jumlah kunjungan berganda-ganda selepas menjadi pilihan utama para pedagang kripto di negara itu. Dalam masa yang sama, mereka juga dilihat bergiat aktif di media sosial mempromosikan perniagaannya dan juga mengadakan seminar secara dalam talian bersama pakar kripto jemputan di negara itu.

Tular juga baru-baru ini akan kehadiran restoran NFT pertama di dunia yang bakal dibuka di New York pada tahun 2023 kelak dengan pelbagai kelebihan ditawarkan.

Restoran NFT Pertama Dunia Bakal Dibuka Di New York Pada 2023

Anak Bilionair Di Singapura Ini Cipta Kelab Eksklusif Khas Buat Pemilik NFT Sahaja

Sumber