Siapa tidak kenal dengan syarikat Walt Disney, mereka telah menyajikan sejumlah cerita dan filem kartun yang cukup mengagumkan untuk semua lapisan umur. Dengan perkembangan teknologi metaverse yang bakal menjanjikan pengalaman imersif yang unik sekaligus menarik syarikat ini turut serta menawarkannya.

Menerusi perkembangan terkini Disney, syarikat ini dilaporkan telah melantik seorang eksekutif baharu untuk menjayakan strategi meteversenya. Perkara ini dipetik daripada e-mel dalaman yang dihantar daripada Ketua Pengawai Eksekutif, Disney Bob Chapek kepada kakitangan.

Sumber Gambar: Variety

Mike White selaku seorang eksekutif dalam kumpulan Pengedaran Media dan Hiburan telah mengambil alih peranan naib presiden kanan Penceritaan Generasi Seterusnya dan Pengalaman Pengguna. Dengan jawatan ini, beliau bakal menentukan bagaimana penawaran metaverse Disney terhadap pengguna dan berkerjasama dengan pasukan kreatif syarikat itu.

“Selama hampir 100 tahun, syarikat Disney telah membawakan pembaharuan di dalam hiburan dengan memanfaatkan teknologi untuk menghidupkan cerita dengan cara yang lebih mendalam dan lebih berkesan”, terang Chapek menerusi e-mel tersebut.

Sumber Gambar: Yahoo

Tambah beliau lagi, mereka kini berpeluang untuk menghubungkan teknologi metaverse dan mencipta paragdima baharu sepenuhnya tentang cara penonton mengalami dan terlibat dengan cerita yang disajikan secara langsung.

Pada bulan November, Chapek sudah mengumumkan bahawa Disney bersedia untuk memulakan perjalanan ke metaverse yang akan mempertingkatkan penceritaan dengan menggabungkan unsur-unsur dunia fizikal dan digital. Malah, dikatakan mereka akan menfokuskan kepada strategi metaverse dengan lebih terperinci.

Selain Disney, McDonald’s juga sudah berkongsikan hasratnya yang mahukan dunia meta tersendiri serta menawarkan sejumlah karya NFT dan produk fizikal baharu.

Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse

i-City Sedia Labur RM10 Juta Untuk Jadi Taman Tema Pertama Malaysia Dengan Teknologi Metaverse

Sumber