Jika beberapa tahun lalu HUAWEI dihalang untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat berikutan dakwaan menceroboh data pengguna, nasib yang sama mungkin menimpa aplikasi TikTok yang turut berasal dari China ini.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) baru sahaja mengumumkan arahan untuk pihak Apple dan Google melarang aplikasi TikTok ditawarkan di negara berkenaan berikutan aplikasi tersebut yang didakwa menceroboh data pengguna.
TikTok is not just another video app.
That’s the sheep’s clothing.It harvests swaths of sensitive data that new reports show are being accessed in Beijing.
I’ve called on @Apple & @Google to remove TikTok from their app stores for its pattern of surreptitious data practices. pic.twitter.com/Le01fBpNjn
— Brendan Carr (@BrendanCarrFCC) June 28, 2022
Menerusi surat yang dihantar pihak FCC kepada CEO Apple dan Google iaitu Tim Cook dan Sundar Pichai, pihak FCC mendakwa TikTok menceroboh data secara keterlaluan yang sekaligus bakal memberi ancaman kepada pengguna. Selain itu, pihak FCC turut memaklumkan apa yang dilakukan TikTok adalah bertentangan dengan polisi Apple dan Google.
Menurut FCC, TikTok bukanlah sekadar aplikasi perkongsian video sebaliknya aplikasi yang melombong data sekaligus mendapatkan data penting pengguna. Dalam pada itu, pihak Apple dan Google masih belum memberi sebarang komen mengenai dakwaan keras yang dibuat pihak FCC.
Difahamkan pekerja TikTok di Amerika Syarikat tidak mempunyai akses untuk mengakses data pengguna seperti mana yang dipegang oleh pihak TikTok China. Hal ini sekaligus memberi sedikit keraguan seperti yang didakwa pihak FCC. Selain pihak FCC, aplikasi TikTok juga turut menjadi perhatian Donald Trump dan Joe Biden untuk diharamkan sebelum ini.
Sebagai rekod, aplikasi China daripada syarikat ByteDance berjaya muncul sebagai aplikasi dengan jumlah muat turun tertinggi bagi tahun 2020 dan 2021. Perkembangan syarikat ini diterima dengan meluas oleh pengguna antara yang dikatakan membuatkan pihak dari Amerika Syarikat kurang senang.
Tular pada minggu lalu apabila YouTuber terkenal iaitu Jake Pual dilaporkan ‘jatuh miskin’ selepas rugi RM176 juta berikutan melabur kesemua wangnya dalam kriptowang.
Gara-Gara Labur Semua Wang Dalam Kriptowang, Jake Paul Dilaporkan ‘Miskin’ Selepas Rugi RM176 Juta
Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh