Elon Musk merupakan seorang yang sangat optimis terhadap visinya yang mahu menjadikan planet Marikh boleh diakses dengan mudah oleh semua orang serta menjadikan ia sebagai sebuah tempat koloni manusia.

Menerusi wawancara beliau bersama Ketua Bahagian Persidangan TED, Chriss Anderson baru-baru ini, Elon Musk telah menjawab persoalan berkaitan harga bagi perjalanan ke planet Marikh sama ada ia mampu mencapai sekitar ratusan ribu ringgit sehala.

Elon menyatakan harga yang dikenakan sekitar RM425,000 bagi tambang pergi ke Marikh untuk satu hala manakala perjalanan pulang adalah percuma. Pengumuman harga yang dibuat walau bagaimanapun dilihat mampu milik buat orang ramai. Menerusi Space X, beliau merancang untuk membina bandar lestari di planet berkenaan dalam masa yang akan datang.

Menurut beliau lagi, harga yang ditawarkan perlu mengambil kira faktor ekonomi yang mana perlu juga memastikan harga tersebut masih lagi mampu menarik minat lebih ramai orang ke planet berkenaan dalam usaha membina bandar di planet tersebut.

Malah pada tahun 2020 lalu, beliau pernah menyatakan hasratnya untuk membina 1,000 pesawat SpaceX dalam tempoh 10 tahun lagi bagi menghantar seramai sejuta orang ke planet Marikh menjelang 2050 untuk membina sebuah bandar di planet itu. Selain itu, ia disasarkan manusia mungkin menjejak kaki di planet itu seawal 2029 kelak.

Selain itu, beliau juga berminat untuk memiliki syarikat Twitter sepenuhnya dengan tawaran berjumlah RM182 bilion.

Elon Musk Berminat Untuk Miliki Syarikat Twitter Sepenuhnya Dengan Nilai RM182 Bilion

Miliki 9.2% Pegangan, Elon Musk Berjaya Muncul Sebagai Pemegang Saham Terbesar Twitter

Sumber