Sejak berlakunya siri banjir di sekitar Kuala Lumpur, semakin banyak usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membuat penyediaan yang lebih rapi. Hal ini termasuklah sistem amaran banjir seawal tujuh hari oleh kerajaan Selangor dan penambah baikan lain di negeri itu bagi mengelakkan banjir.

Sementara pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula bakal menggunakan 4,000 kamera CCTV di sekitar bandar raya KL untuk memantau banjir. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Jalaludin  Alias mendedahkan bahawa DBKL turut bercadang mahu menambah 1,000 unit CCTV lagi pada Jun ini.

Sumber Gambar: utusan

Kenyataan itu dibuat selepas KL ditenggelami air sekali lagi awal bulan ini dan hanya beberapa bulan selepas Lembah Klang mengalami banjir paling teruk pernah direkodkan pada dekad ini. Selain pengesanan banjir, kamera ini juga akan digunakan untuk membantu pihak berkuasa mengagihkan bantuan ke mangsa banjir.

Timbalan Menteri menambah lagi dengan mengumumkan dalam jangka masa pendek, DBKL akan menaik taraf longkang monsun, longkang tepi jalan dan pembentung, menambah dan membesarkan longkang tepi jalan serta membina tembok penahan di kawasan rendah dan di sepanjang sungai.

Menariknya pada tahun lalu, DBKL pernah mengumumkan rancangan untuk memasang 5,000 kamera CCTV di KL untuk menjejaki penjenayah dan kesesakan lalu lintas. Jadi, masih tidak jelas sama ada sistem banjir bakal menggunakan CCTV yang sama atau berlainan untuk pemantauan kelak dibawah selia Pusat Arahan dan Kawalan Kuala Kumpur.

Dalam pada itu, kerajaan juga bakal perluaskan sistem amaran ke seluruh negara terutamanya mengesan banjir dengan kadar lebih awal.

Mampu Kesan Banjir Lebih Awal, Kerajaan Bakal Perluaskan Sistem Amaran Ke Seluruh Negara

Sistem Amaran Banjir Di Selangor Bakal Ditawarkan Menjelang Penghujung Mac Ini

Sumber