Sudah hampir 2 tahun kita menghadapi pandemik COVID-19 yang masih menunjukkan potensi penularan yang meluas. Oleh itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh semua negara dalam membendung rantaian ini daripada berjangkit kepada orang ramai. Korea Selatan juga kini dilaporkan terdapat peningkatan penularan yang tinggi baru-baru ini.

Oleh itu, Korea Selatan kini telah bersedia untuk memulakan projek perintis di mana lebih daripada 10,000 kamera CCTV akan digunakan untuk menjejaki pergerakan setiap pesakit COVID-19 di bandar Buncheon dengan bantuan sistem pengecaman muka berasaskan kecerdasan buatan.

Sumber Gambar: Kapersky

Dengan harapan tinggi serta keyakinan yang kuat terhadap projek itu, kerajaan Korea Selatan telah menyuntik dana sebanyak $1.3 juta (~RM5.5 juta) di dalam usaha penjejakan individu berisiko berjangkit serta tambahan dana sebesar $422,00 (~RM1.7 juta) pula yang disumbangkan oleh kerajaan Bucheon sendiri.

Projek ini bakal dijalankan secara rasmi mulai Januari 2022 kelak dan dijangka menggunakan lebih daripada 10,820 kamera CCTV yang dipasang pada skala besar di seluruh bandar tersebut untuk mengesan pergerakan kes COVID. Identiti individu masih boleh dikesan walaupun memakai pelitup muka ataupun tidak.

Sumber Gambar: The qoo

Tujuan sistem ini diadakan adalah untuk mengurangkan tekanan kepada pasukan pengesanan sementara meningkatkan kecekapan mereka pada masa yang sama. Ditambah pula Buncheon merupakan salah satu bandar paling padat penduduknya di Korea Selatan yang mana menyukarkan penjejakan kes yang tular secara komprehensif pada sebelum ini.

Jika sebelum ini mereka mengambil masa berjam-jam untuk menganalisis sesebuah rakaman CCTV, kini menggunakan teknologi pengecaman visual akan membolehkan analisis dilakukan dalam sekelip mata sahaja. Malah, ia boleh mengesan raut muka seseorang yang memberitahu sesuatu perkara betul atau penipuan kepada pihak berkuasa.

Sumber Gambar: Fortune

Kemajuan teknologi hari ini sememangnya dapat memudahkan pelbagai urusan manusia lebih-lebih lagi di dalam situasi pandemik hari ini. Sebagai peringatan, kita masih perlu mengamalkan prosuder penjarakkan sosial serta menjaga kebersihan seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Sementara di Jepun pula, saintis mereka sudah mula menghasilkan pelitup muka bercahaya apabila terdedah kepada COVID-19.

Saintis Jepun Hasilkan Pelitup Muka Yang Bercahaya Apabila Terdedah Kepada COVID-19

KKM Bakal Pantau Individu Yang Kuarantin Di Rumah Dengan Bantuan Gelang RFID

Sumber