Antara ciri yang dinantikan oleh pengguna peranti pada hari ini adalah kebolehan memindahkan data WhatsApp dari platform Android ke iOS. Jika dahulu ada yang sanggup membayar aplikasi khas pihak ketiga untuk berbuat sedemikian, kini anda boleh membuat pemindahan data WhatsApp secara percuma sahaja.
WhatsApp kini sudah mulai memberikan akses kepada semua pengguna mereka untuk membuat pemindahan data WhatsApp sama ada dari platform Android ke iOS atau iOS ke Android dengan mudah. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang wajib ditepati terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan proses pemindahan data tersebut.
Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu mempunyai peranti Android yang menjalankan sekurang-kurangnya Android 5.0 Lolipop dengan versi WhatsApp 2.22.7.74. Sementara untuk iOS pula, peranti mestilah menjalankan iOS 15.5 ke atas. Kemudian, kedua-dua peranti perlu disambungkan kepada pengecas dan menggunakan sambungan internet yang sama.
Paling utama sekali adalah iPhone tersebut mestilah iPhone yang baru atau yang baru sahaja diformat. Ciri ini akan membenarkan pengguna memindahkan kesemua mesej, gambar, video dan fail-fail WhatsApp dari Android ke iOS dengan mudah. Selepas tiada lagi keperluan untuk membeli aplikasi pihak ketiga untuk berbuat sedemikian.
Tahukah terdapat kini cara paling ‘cool’ untuk menjawab panggilan WhatsApp adalah dengan menggunakan cermin mata pintar Ray-Ban Stories?
Ray-Ban Stories Tawarkan Sokongan Membuat Panggilan Menerusi WhatsApp
Startup Di Jepun Ini Bakal Membolehkan Anda Rasai Kesan Sakit Sebenar Di Metaverse