Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Menyebut tentang metaverse, pasti kita membayangkan ia hanyalah satu ruangan maya untuk berinteraksi secara langsung tanpa dapat merasai objek seperti di dunia sebenar.

Namun dengan perkembangan teknologi kini semakin banyak syarikat yang berminat untuk menjadikan dunia maya lebih realistik serta memberi pengalaman menakjubkan.

Terbaharu, sebuah startup Jepun sedang membangunkan sebuah gelang tangan yang membolehkan si pemakai merasai kesan sakit ketika berada di metaverse. Menariknya, teknologi ini sudah dibangunkan oleh H2L di Jepun sebelum metaverse menjadi popular lagi.

Sumber Gambar: H2L

H2L merupakan sebuah gelang tangan yang menggunakan kesan haptik dan memberikan rangsangan berasaskan elektrik yang sekaligus memberikan pengalaman seumpama di dunia sebenar. Di samping itu, gelang tangan ini juga berupaya memberikan pengalaman merasai kesan berat ketika mengangkat objek dan sebagainya di metaverse.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Selain itu, H2L juga menyasarkan pengguna akan dapat merasai pengalaman yang lebih baik di metaverse menerusi produk mereka yang memberikan kesan masa nyata dan pengalaman yang lebih realistik.

Buat masa ini, H2L hanya menawarkan produk mereka di Jepun. Dikhabarkan pihak Sony juga sedia melabur pada projek ini dan tidak mustahil kita bakal melihat produk VR atau seumpamanya hasil kolaborasi bersama kedua-dua pihak ini pada masa kelak.

Sebelum ini, syarikat Meta telah pun mencipta sebuah sarung tangan haptik yang membolehkan anda merasai objek maya seperti di dunia sebenar.

Sarung Tangan Haptik Ciptaan Meta Bolehkan Anda Merasai Objek Maya Seperti Di Dunia Sebenar

Prototaip Baharu Meta Membolehkan Pengguna Bina ‘Dunia Tersendiri’ Menerusi Arahan Suara