Platform WhatsApp telah menjadi pilihan pengguna sebagai tempat berkomunikasi dalam menjalankan aktiviti seharian. Dalam pada itu, WhatsApp masih mempunyai fungsi yang terhad seperti mengakses akaun melalui multi-peranti memerlukan sambungan internet pada telefon pintar utama.

Menerusi ciapan daripada akaun Will Carthart, WhatsApp secara rasminya telah melancarkan ujian sokongan fungsi multi-peranti untuk pengalaman penggunaan di komputer atau laman web tanpa memerlukan sambungan internet pada telefon pintar utama.

Semua pengguna berpeluang merasai fungsi ini dengan menjadi pengguna WhatsApp Beta. WhatsApp Beta versi terbaru 2.21.15.3 yang boleh dimuat turun fail APK secara manual atau anda memang sudah menjadi sebahagian pengguna Beta yang boleh dimuat turun atau kemas kini terus di Google Play Store.

WhatsApp Desktop masih boleh berfungsi dengan baik walaupun telefon pintar berada di dalam flight mode. Mesej yang tidak sempat diterima akan dimuat turun dengan pemberitahuan sebaik sahaja terdapat sambungan internet yang dikesan.

vocket-tech-tutorial-web-konten-1

Apa yang menarik dengan sokongan multi-peranti adalah WhatsApp Web dan WhatsApp Desktop masih boleh digunakan walaupun telefon pintar tidak mempunyai sambungan internet atau kehabisan bateri. Pengguna yang menjalankan bisnes sememangnya dapat memanfaatkan fungsi ini untuk produktiviti sewaktu operasi.

Kebiasaannya syarikat jualan atau pengusaha mempunyai satu telefon pintar khas yang digunakan oleh pekerja untuk menerima pesanan daripada pelanggan. Menerusi fungsi multi-peranti, seorang perkerja boleh melayan pesanan atau pertanyaan melalui telefon manakala perkerja lain pula boleh merekodkan pesanan melalui WhatsApp Web serta boleh diakses dengan WhatsApp Desktop pada waktu yang sama.

whatsapp multi peranti

Fungsi ini hanya boleh mengakses melalui 4 peranti sahaja buat masa ini. Satu akaun WhatsApp yang boleh dipasang pada satu masa dan mungkin akan ditambah lebih lagi pada masa kelak. Pengguna tidak boleh menerima atau menghantar panggilan dan mesej daripada pengguna yang masih memakai WhatsApp versi lama.

Berikut merupakan cara mudah untuk menggunakan fungsi WhatsApp melalui multi-peranti.

whatsapp mult peranti

  1. Pertama sekali adalah dengan mendapatkan aplikasi dan perisian Whatsapp terlebih dahulu. Untuk menggunakan WhatsApp Desktop, anda boleh dapatkan pada pautan laman web rasmi WhatsApp. Anda juga boleh lawati WhatsApp Web untuk menggunakan pada browser. Selain itu, anda boleh dapatkan WhatsApp Beta versi terbaru di pautan ini.
  2. Setelah mendapatkan aplikasi dan perisian yang diperlukan, boleh pergi ke bahagian menu dengan tekan pada tiga titik di bahagian kanan atas pada aplikasi WhatsApp dan tekan hubungkan peranti.
  3. Pengguna akan melihat mesej guna WhatsApp pada peranti lain dan pada bahagian bawah terdapat pilihan untuk menyertai Beta ini.
  4. Tekan untuk sertai dan baca terma dan syarat lalu ikut langkah yang diberikan.
  5. Anda sudah boleh mengakses akaun WhatsApp melalui 4 peranti sekaligus.

Fungsi terbaru ini sememangnya memudahkan pengguna untuk beralih ke peranti lain sewaktu menjalani aktiviti seharian. Semoga tutorial ini dapat difahami oleh pembaca untuk dicuba pada peranti anda pula.

Sementara itu, pengguna iOS bakal menerima rekaan yang lebih menarik pada WhatsApp Call menerusi kemas kini yang terbaru.

WhatsApp Call Untuk iOS Bakal Tawarkan Rekaan Dan Fungsi Yang Lebih Menarik

WhatsApp Bakal Tawarkan Fungsi Penghantaran Gambar Berkualiti Tinggi

Sumber