Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Internet Explorer pernah menjadi pelayar web utama oleh para pengguna pada suatu ketika dahulu. Namun, dengan kehadiran sejumlah pelayar web lain yang lebih mesra pengguna dan terkini sekaligus membuatkan ia sudah tidak digunakan lagi.

Setelah 27 tahun berkhidmat kepada pengguna, pelayar Internet Explorer sudah ditamatkan perkhidmatannya oleh Microsoft pada hari ini. Microsoft sudah mengumumkan perkara ini sejak tahun lalu lagi yang mana pelayar tersebut tidak boleh digunakan menjelang 15 Jun 2022 pada sesetengah versi Windows 10.

Sumber Gambar: Internet Explorer

Menyingkap semula sejarah pelayar ini, Internet Explorer mulai diperkenalkan pada tahun 1995 dalam pakej tambahan untuk Windows 95 pada tahun itu. Kemudian, pelayar tersebut telah ditawarkan secara percuma yang boleh dimuat turun oleh pengguna. Sejak itu, pelayar tersebut mempunyai jumlah pengguna yang ramai kerana menjadi akses utama.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Bagaimanapun, Internet Explorer dilihat sudah tidak relevan lagi lalu digantikan dengan Microsoft Edge yang tampil lebih moden dan mesra pengguna. Tambahan pula, Microsoft Edge mempunyai mod Internet Explorer tersedia yang mana membolehkan anda mengakases antara muka dan ekosistem Internet Explorer menerusinya.

Jadi, berakhir sudahlah era Internet Explorer secara rasmi yang mana menjadi kenangan nostalgia buat mereka yang lahir pada tahun 90-an. Walaupun Internet Explorer sudah ditamatkan, pihak Microsoft masih menawarkan mod IE pada pelayar Microsoft Edge yang sedia ada.

Sementara itu, anda boleh meneruskan bacaan dengan mengetahui keadaan semasa kriptowang yang menjadi bualan hangat di internet ketika ini.

Alami ‘Crypto Crash’, Nilai Bitcoin Jatuh Di Bawah Paras RM100,000

Terkesan Dengan Penurunan Harga, Syarikat Pelabur Terbesar Bitcoin Tanggung ‘Kerugian’ RM5.5 Bilion

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group