Bitcoin pada ketika berada pada paras yang rendah sekaligus menjejaskan sejumlah nrdst pelabur kriptowang. Sesetengah individu seperti Michael Saylor sebelum ini telah membelanjakan wang yang besar untuk memiliki kriptowang sebagai pelaburan buat syarikatnya.

Namun kelihatan pulangan pelaburan kriptowang yang diharapkan tidak seperti yang dirancang, malah syarikat beliau iaitu MicroStrategy selaku pelabur terbesar Bitcoin kini menaggung kerugian atas kertas sehingga RM5.5 bilion berikutan kejatuhan harga Bitcoin.

Syarikat ini mulai membeli Bitcoin dalam skala yang besar pada Ogos 2020 serta meneruskan trend pembelian sehingga beberapa bulan lalu sebelum kejatuhan harga Bitcoin yang mendadak di mana syarikat ini berjaya mendapatkan 1 BTC pada harga purata $30,700 (~RM135,758).

Sumber Gambar: CNBC

Untuk pengetahuan, MicroStrategy merupakan syarikat pelabur terbesar Bitcoin dengan jumlah pemilikan sebanyak 129,218 BTC.

Pada hari ini, syarikat berkenaan mengalami kerugian yang besar kerana harga Bitcoin masih di paras yang kritikal. Hal ini juga mendorong penurunan nilai saham MicroStrategy sebanyak 24.32% pada hari semalam selari dengan penurunan harga Bitcoin semasa.

Malah, difahamkan jika nilai Bitcoin merudum lagi, MicroStrategy akan terpaksa mencagar sejumlah Bitcoin lagi kepada bank sebagai jaminan pinjaman sebelum ini. Bagaimanapun, Michael Saylor mempercayai bahawa Bitcoin akan sentiasa wujud dan akan beransur pulih seperti biasa walaupun mengambil masa yang lama.

Sementara itu, Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan kehadiran laman web yang didakwa mampu mendapatkan data terperinci rakyat dengan semudah memasukkan nama sahaja.

Semudah Masukkan Nama, Laman Web Ini Didakwa Mampu Pamerkan Data Terperinci Rakyat Malaysia

8 Aplikasi Android Yang Dikesan Mencuri Wang Daripada Akaun Pengguna Di Malaysia