Sebut mengenai permainan FIFA yang tersedia pada pelbagai platform termasuk konsol pastinya ramai peminat bola sepak dan gamer cukup mengetahuinya.

Menawarkan gameplay yang menarik beserta sokongan permainan secara dalam talian antara yang membuatkan sejumlah besar para peminat sanggup menghabiskan masa yang panjang serta berbelanja besar menerusi game ini.

Terbaharu, tular di Twitter apabila seorang wanita yang dikenali sebagai @aliazaff tampil mengongsikan rakaman suami beliau yang berang sewaktu bermain FIFA sehingga menyebabkan TV di ruang tamu menjadi korban.

Tindakan yang dilakukan suami beliau nyata mengejutkan para netizen melihatkan kepada keadaan TV gara-gara permainan FIFA. Tidak kurang yang menyarankan agar suami beliau perlu lebih mengawal emosi agar situasi yang sama tidak berulang.

Sementara itu, terdapat juga para netizen yang turut memahami situasi yang berlaku serta mengakui turut melakukan perkara yang sama berikutan kecewa dengan sesebuah permainan.

https://twitter.com/caramelkoala92/status/1513321832635834369

https://twitter.com/haramkiddd/status/1513130699133362176

Menerima pelbagai komen daripada netizen, wanita ini turut memaklumkan di mana suami beliau pada ketika itu sedang duduk di atas play mat anaknya yang mempunyai daya lantunan yang tinggi.

Tindakan tidak sengaja lelaki beliau yang mencampakkan DualSense PS5 pada play mat tersebut dan secara kebetulan melantun tepat ke arah TV antara yang membuatkan TV mereka rosak.

Wanita ini turut memaklumkan suaminya bukanlah seorang lelaki yang ganas, suka mencampak barangan atau kaki pukul seperti yang dilabel para netizen. Beliau turut mengakui masih lagi terhibur meskipun sudah kerap menonton video ringkas tersebut menakala suaminya sudah mendapatkan TV yang baharu.

Isu yang berlaku secara tidak langsung turut menjadi pengajaran kepada para gamer yang lain agar tidak melepaskan rasa geram atau berang kepada sesuatu barangan agar situasi yang berulang.

Tular pada hari ini apabila para penerima program ePemula kecewa selepas mendapati kredit wang RM150 yang ditebus yang sah untuk pembelian secara offline sahaja.

Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja

K-KOMM Sedia Peruntukkan RM4 Bilion Bagi Pemasangan Gentian Optik Di Sekolah