Internet sudah menjadi sebahagian keperluan asas di dalam kehidupan hari ini. Pelbagai perkara perlu dilakukan menerusi sambungan internet tidak kiralah untuk bisnes, pembelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Namun begitu, masih terdapat sebahagian kawasan yang masih tidak mempunyai akses internet yang sepatutnya.

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) baru sahaja mengumumkan peruntukkan sebanyak RM4 bilion bagi tujuan pemasangan hab rangkaian gentian optik di hampir 4,000 buah sekolah di seluruh Malaysia.

Sumber Gambar: Gags Teacher

Menurut Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa, pemasangan akan dilakukan di sekolah yang terletak di zon selatan, utara, tengah, timur, serta di Sabah dan juga Sarawak. Dengan pemasangan ini, ia bakal mewujudkan perkhidmatan capaian rangkaian internet lebih stabil dan berkelajuan tinggi.

Selain itu, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga dapat meningkatkan mutu perkhidmatan rangkaian gentian optik dan memberi kestabilan rangkaian internet kepada semua sekolah di luar bandar kelak.

Dalam pada itu, setiap pemilik tablet PerantiSiswa dilaporkan perlu memulangkan semula peranti sebaik tamat pengajian nanti.

Tablet PerantiSiswa Perlu Dipulangkan Semula Selepas Pelajar Taman Pengajian

Dijamin Spesifikasi Minimum 4GB RAM, Permohonan PerantiSiswa Bakal Dibuka Pertengahan April Ini

Sumber