Kita sedia maklum Apple telah mengumumkan bakal mengadakan acara khas untuk pengenalan siri iPhone 14 baharu  pada 7 September ini. Walaupun belum dilancarkan lagi, kini sudah mulai dikesan klon iPhone 14 Pro telah dijual di China sejak beberapa minggu lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh saluran Amazing Unboxing,  beliau menunjukkan iPhone 14 Pro tiruan yang tampil dengan rekaan yang diramalkan seperti susunan kamera belakang dengan modul lebih besar serta paparan berlubang yang menggantikan takuk pada iPhone 13 Pro.

https://www.youtube.com/watch?v=8CGHbSHjkxs

Dalam erti kata lain, elemen reka bentuk peranti itu ditiru sebagai usaha bagi menawarkan pembelian peranti yang tampak seperti iPhone terbaharu, dengan kos yang lebih rendah kepada pembeli. Malah, kotak yang disediakan juga adalah hampir serupa dengan kotak pembelian asal yang disediakan oleh Apple.

Peningkatan produk tiruan Apple yang datang dari China dan berkaitan dengan barisan iPhone 14 mungkin menunjukkan betapa yakin sesetengah pengeluar mengenai reka bentuk iPhone baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Sementara itu, Apple juga sangat yakin pada siri iPhone 14 akan mempunyai jumlah jualan yang tinggi berbanding siri iPhone 13.

Apple Yakin Siri iPhone 14 Akan Lebih Laku Keras Berbanding Siri iPhone 13

Samsung Dilaporkan Bakal Membekalkan Panel OLED Berbeza Untuk Siri iPhone 14