Seperti kita sedia maklum, Samsung secara rasminya menjadi salah satu pembekal panel OLED untuk siri iPhone 14 kali ini. Bagaimanapun, syarikat Apple dikatakan bakal menggunakan panel yang berbeza gred untuk setiap model iPhone 14 ekoran mahu menjimatkan kos pengeluaran.

Menerusi laporan The Elec, Samsung akan menggunakan panel dengan gred lebih rendah iaitu OLED generasi sebelumnya pada model iPhone 14. Sementara iPhone versi Pro pula akan dibekalkan dengan panel yang lebih berkualiti tinggi dan terkini.

Sumber Gambar: Sam mobile

Untuk lebih terperinci, Samsung Display akan menyediakan panel OLED yang dibangunkan menggunakan bahan yang dipanggil sebagai M11 dan M12. Panel LTPS yang berasaskan set M11 akan digunakan pada model iPhone 14 dengan saiz 6.1-inci dan 6.7-inci.

Sementara iPhone 14 versi Pro akan dibekalkan panel LTPO OLED yang menggunakan set bahan M12 yang lebih baharu. Dikatakan juga set bahan yang sama akan digunakan oleh Samsung untuk mengeluarkan panel OLED bagi Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 akan datang.

Sumber Gambar: Apple Insider

Secara keseluruhan, Samsung dijangka akan membekalkan Apple kira-kira 80 juta panel OLED bagi siri iPhone 14. Pelancaran sir kali ini djangka bakal berlangsung pada pertengahan September nanti. Sama-sama kita nantikan kehadiran siri iPhone 14 yang menjadi bualan hangat oleh pengguna internet ketika ini.

Antara spekulasi lain yang tular berkenaan iPhone 14 Pro kali ini adalah penawaran RAM mencecah 8GB.

Apple iPhone 14 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM Mencecah 8GB

Apple Yakin Siri iPhone 14 Akan Lebih Laku Keras Berbanding Siri iPhone 13