Hiburan bersama internet pantas sememangnya sebuah kombinasi yang didambakan oleh orang ramai pada hari ini. Bukan hanya dapat menikmati sejumlah konten tanpa batasan dalam talian bahkan boleh menstrim dengan lancar pada setiap masa.

Astro kini melebarkan sayapnya ke arena perkhidmatan internet pula yang dikenali sebagai Astro Fibre. Untuk makluman, pakej internet yang ditawarkan akan didatangkan secara bundle bersama sejumlah saluran hiburan TV mengikut pelan yang dilanggan. Oleh itu, anda tidak boleh melanggan pakej internet secara berasingan.

Sumber Gambar: Astro First

Buat pengenalan, Astro Fibre ditawarkan bersama dengan kandungan bermula dengan Pek Jimat Kencang berharga RM129 yang merangkumi internet berkelajuan 50Mbps. Sementara Pek Primary mengandungi lebih daripada 85 saluran dan peranti Mesh WiFi secara percuma selama 12 bulan pada harga RM129.99.

Terdapat sebanyak empat tahap kepantasan internet yang ditawarkan iaitu 50Mbps, 100Mbps, 500Mbps, dan paling pantas sekali 800 Mbps yang mana kesemuanya hanya boleh didapatkan bersama pakej bundle iaitu pakej TV Astro.

Sumber Gambar: Astro First

Terdapat tujuh pakej TV yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada pengalaman baharu Astro termasuk Pek Primary, Pek Entertainment, Pek Sports, Pek Movies, Pek Entertainment Plus, Pek Premium dan Pek Platinum.

Pelanggan Astro sedia ada dan baharu boleh mendaftar sekarang di laman rasmi Astro Fibre. Pelan ini dilihat berbaloi buat anda yang mahu menonton saluran hiburan yang banyak di TV dalam masa yang sama menikmati internet pantas menerusinya.

Sebelum ini juga, syarikat Starlink di bawah Elon Musk sedia tawarkan pelan internet serba canggih 500Mbps pada harga sekitar RM2,090 sebulan.

Starlink Tawarkan Pelan Internet 500Mbps Pada Harga Sekitar RM2,090 Sebulan

Mahu Tingkatkan Jaringan Internet, Kerajaan Kelantan Umum Penggunaan Satelit

Sumber