Starlink merupakan sebuah perkhidmatan internet berasaskan satelit yang disediakan oleh syarikat SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk. Beliau sangat optimis dalam menawarkan akses sambungan internet daripada satelit yang mana dapat menampung keperluan internet walau di mana jua kita berada di dunia ini.

Jika sebelum ini ia hadir dengan pakej biasa sahaja, kini Starlink turut hadir dengan pakej baharu yang dinamakan Starlink Premium. Menerusi Starlink Premium, pengguna bakal menikmati kelajuan sekitar 150Mbps hingga 500Mbps yang mana dilihat peningkatan drastik berbanding versi biasa sebelum ini.

Sumber Gambar: Starlink

Starlink Premium sudah pasti bakal ditawarkan pada harga langganan jauh lebih mahal iaitu $500 (~RM2,090) sebulan mengikut kadar pertukaran semasa. Dalam masa yang sama, pengguna juga perlu mendapatkan perkakasan khusus untuk menyokong pancaran satelit, antena dan sebagainya pada harga $2,500 (~RM10,453.75).

Antara manfaat yang boleh dinikmati oleh pengguna menerusinya adalah perkhidmatan akses internet masih digunakan walaupun pada keadaan cuaca ekstrem serta sokongan sepanjang hari, dan boleh diakses walau di mana juga tanpa sebarang masalah. Perkhidmatan Starlink Premium ini dijangka ditawarkan pada suku kedua 2022 nanti.

Sementara di Kelantan, Malaysia, kerajaan mereka sudah pun mengumumkan tentang penggunaan jaringan internet berasaskan satelit buat rakyatnya.

Mahu Tingkatkan Jaringan Internet, Kerajaan Kelantan Umum Penggunaan Satelit

Kelajuan Purata Internet Mudah Alih Malaysia Dilaporkan Lebih Pantas Berbanding Indonesia

Sumber