Pihak Astro baru-baru ini telah memperkenalkan pakej jalur-lebar bersama sejumlah pilihan saluran televisyen. Hal ini menjadi kelebihan buat mereka yang melanggan saluran televisyen sebelum ini untuk menikmati akses internet berkelajuan tinggi dalam satu pakej sekaligus.

Lanjutan daripada itu, kini Astro Fibre juga sudah menyediakan alternatif pakej jalur-lebar sahaja yang sesuai untuk mereka yang tidak mahu pakej bersama pilihan kandungan saluran televisyen. Dengan ini, pengguna boleh mendapatkan pakej internet dengan harga yang lebih berbaloi.

Menerusi pakej yang ditawarkan, Astro Fibre menyediakan pakej bermula 50Mbps yang berharga RM99 sebulan sehinggalah yang paling mahal dengan kelajuan 800Mbps berharga RM249 sebulan. Berikut merupakan senarai penuh penawaran pakej jalur-lebar oleh Astro Fibre:-

  • Astro Fibre 50Mbps – RM99 sebulan
  • Astro Fibre 100Mbps – RM129 sebulan
  • Astro Fibre 500Mbps – RM189 sebulan
  • Astro Fibre 800Mbps – RM249 sebulan

Kesemua pakej ini bakal hadir bersama dengan WiFi 6 router dan bermula pakej 100Mbps pula akan disertakan Mesh WiFi untuk memberi liputan akses internet yang lebih baik untuk pelanggannya.  Buat anda yang berminat, boleh mengunjungi laman rasmi Astro Fibre untuk membuat semakan secara terperinci.

Ikuti juga berita tentang rangkaian 3G di Malaysia dijangka bakal ditutup sepenuhnya pada akhir tahun ini untuk memberi akses internet 4G yang lebih baik.

Rangkaian 3G Di Malaysia Dijangka Bakal Ditutup Sepenuhnya Menjelang Disember 2022

Rangkaian 5G Sedia Ditawarkan Di Kawasan Terpilih Sekitar Negeri Johor Dan Selangor

Sumber