Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sedang dalam usaha memperluaskan rangkaian 5G di seluruh negara. Dalam masa yang sama, rangkaian 3G pula ingin dihentikan sepenuhnya serta menaik taraf rangkaian 4G untuk akses internet mudah alih yang lebih baik.

Menerusi perkongsian laporan JENDELA bagi suku pertama tahun 2022 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), mereka mengatakan hampir 86.6% daripada 1.8 juta pelanggan 3G telah pun beralih ke rangkaian 4G setakat ini.

Sumber Gambar: Youtube

Sementara bakinya telah dimaklumkan berkenaan dengan penamatan rangkaian tetapi masih belum beralih seperti yang diharapkan daripada pihak pelanggan. Lanjutan daripada itu, SKMM mengatakan sebanyak 99.3% rangkaian 3G telah pun ditamatkan sehingga penghujung suku pertama 2022 lalu.

Setakat ini, masih berbaki sekitar 0.7% rangkaian 3G masih beroperasi dan terletak di kawasan pendalaman. Malah, SKMM mengatakan ia akan beroperasi seperti sedia sekala namun sedia ditutup sepenuhnya menjelang Disember 2022. kelak. Sementara rangkaian 4G dikatakan sudah mencapai peningkatan ke 97% untuk liputan seluruh negara.

Sementara itu, sebahagian kawasan terpilih sekitar negeri Johor dan Selangor sudah pun boleh menikmati rangkaian 5G.

Rangkaian 5G Sedia Ditawarkan Di Kawasan Terpilih Sekitar Negeri Johor Dan Selangor

Jualan Peranti 5G Meningkat Sebanyak 51% Berbanding Peranti 4G Buat Pertama Kalinya Tahun Ini

Sumber