Kebiasaannya beberapa bulan sebelum pelancaran iPhone baru akan mendorong kepada penurunan jualan iPhone yang sedia ada. Hal ini kerana ramai yang mahu menunggu terlebih dahulu bagi mendapatkan barisan iPhone generasi baharu atau menanti harga model lama turun.
Dengan penurunan jualan iPhone pada saat ini, ia membuatkan Apple sangat yakin yang iPhone 14 yang akan datang bakal menerima jumlah jualan yang lebih tinggi dan terlaris berbanding model iPhone 13. Hal ini sudah diduga kerana pada siri kali ini telah disertakan pelbagai ciri baharu termasuklah rekaan yang lebih menarik.
Apple juga dilaporkan sudah pun memulakan perancangan untuk produksi iPhone 14 menjelang pada bulan Ogos kelak. Malah, syarikat gergasi ini turut memberitahu pembekal bahawa sangat yakin dengan iPhone 14 akan lebih laris berbanding iPhone 13.
Bagaimanapun, pada siri kali ini dijangkakan hanya barisan iPhone 14 versi Pro sahaja dilengkapi dengan cip Apple A16. Jadi, terdapat kemungkinan sebahagian pengguna mungkin tidak berminat untuk menaik taraf ke iPhone baharu. Harga penawaran untuk versi Pro juga sudah pasti jauh lebih mahal berbanding yang biasa.
Spekulasi baharu juga menjangkakan kamera zum periskop bakal ditawarkan secara eksklusif untuk iPhone 15 Pro Max sahaja.
Kamera Zum Periskop Dikhabarkan Bakal Ditawarkan Secara Eksklusif Buat iPhone 15 Pro Max
Alami Peningkatan Harga Komponen, iPhone 14 Pro Dijangka Bakal Ditawarkan Dengan Lebih Mahal