Sebelum ini sudah pun diperkatakan bahawa Apple bakal membawakan sebuah lagi variasi jam tangan pintar mereka pada tahun ini. Jam tangan pintar ini dikhabarkan bakal mempunyai skrin yang bersaiz yang lebih besar berbanding sebelumnya dengan ketahanan yang lebih baik.

Menerusi perkongsian terbaru Bloomberg, model ini dijangka bakal dipasarkan dengan nama Pro iaitu Apple Watch Series 8 Pro. Penjenamaan ini dijangka selaras dengan nama produk lain yang turut mengintegrasikan panggilan Pro termasuk untuk MacBook, iPhone, iPad dan juga Airpods.

Sumber Gambar: Washington Journal

Model Apple Watch Pro ini akan hadir dengan skrin yang lebih besar, ketahanan yang dipertingkatkan termasuklah bateri yang lebih lama dan juga beberapa sensor penjejakan kecergasan dan aktiviti yang lebih ekstrem.

Penawaran model Pro ini turut dijangka akan menjadi tanda penamat buat penawaran Apple Watch Edition sebelum ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan model baharu Apple Watch ini tidak lama lagi.

Tular pada bulan lalu mengenai sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna menonton Youtube dengan mudah menerusi Apple Watch sahaja.

Aplikasi Ini Membolehkan Pengguna Menonton YouTube Dengan Mudah Menerusi Apple Watch Sahaja

Apple Watch Dijangka Akan Tawarkan Sokongan Satelit Bagi Menghantar Mesej Sewaktu Kecemasan