Selari dengan pengenalan cip Apple M2, Apple pada hari ini dengan berbesar hati turut memperkenalkan komputer riba kegemaran iaitu MacBook Air generasi baharu yang hadir dilengkapi dengan cip baharu tersebut.

Menerusi MacBook Air ini, Apple juga membawakan perubahan rekaan yang lebih nipis serta menawarkan rekaan skrin bertakuk. MacBook Air ini hadir dengan skrin 13.6-inci Liquid Retina Display yang kaya dengan warna visual yang menarik serta menampilkan kamera swafoto 1080P pada bahagian skrin bertakuk.

Sumber Gambar: Youtube

Di samping itu, barisan MacBook Air turut menawarkan pengecasan magnetik menerusi MagSafe dan juga menyertakan cap jari Touch ID pada kekunci untuk imbasan biometrik. Seperti yang diperkatakan berkaitan cip Apple M2, ia menawarkan masa penggunaan yang lebih lama serta pretasi lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini.

Bukan itu sahaja, terdapat sistem empat pembesar suara yang menjanjikan pengalaman audio yang imersif sewaktu dimainkan sebarang video menerusinya. Selain itu,terdapat juga sokongan audio jack untuk anda yang mahu mendengar audio daripada musik atau filem secara privasi.

Buat anda yang sedang merancang mendapatkan komputer riba daripada Apple, MacBook Air 2022 dilihat sebagai pilihan yang sangat berbaloi kerana mempunyai rekaan yang lebih moden dan berspesifikasi terkini. MacBook Air sedia ditawarkan dengan harga bermula RM5,499 menerusi laman rasmi Apple.

Seperti yang dijangkakan, Apple tidak memperkenalkan set kepala AR pada acara WWDC kali ini.

Mahu Elak Ditiru Pesaing, Apple Mungkin Tidak Perkenalkan Set Kepala AR Pada WWDC Kali Ini

Apple Dijangka Bakal Lancarkan Siri iPhone 14 Dan AirPods Pro 2 Pada 13 September Ini

Sumber