Apple Mac Studio merupakan produk terbaru yang dilancarkan untuk menjadi sebuah workstation yang cukup berkuasa tinggi sekaligus boleh menjalankan semua jenis perisian dan tugasan berat dengan lancar menerusinya. Komputer ini menjadi dambaan oleh golongan profesional dan pencipta kandungan di luar sana.

Kini  Apple Mac Studio sudah boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia pada harga bermula RM8,799. Komputer dekstop dengan rekaan kompak ini dikuasakan dengan cip berkuasa Apple M1 Ultra dan Apple M1 Max. Malah, komputer ini juga dikatakan jauh lebih berkuasa berbanding Mac Mini yang ditawarkan sebelum ini.

Sumber Gambar: Apple

Dari segi port pula, model ini disertakan empat USB-C Thunderbolt pada bahagian belakang serta terdapat sambungan USB-A, HDMI dan Ethernet dan hadir sokongan WiFi 6 bersama untuk memudahkan para pengguna mengakses sambungan internet yang pantas.

Menariknya, pada bahagian depan juga turut disertakan dengan sambungan dua port USB-C Thunderbolt 4 bersama ruangan untuk kad MicroSD yang sekaligus memudahkan proses pemindahan fail pantas saiz sebesar 40GB dalam sesaat sahaja.

Sumber Gambar: Apple

Selain itu, Apple Mac Studio juga menawarkan memeri sehingga 128GB RAM dan storan SSD sehingga 8TB yang boleh dipilih mengikut keperluan masing-masing sewaktu melakukan pesanan.

Di Malaysia, Mac Studio sedia ditawarkan dengan harga bermula RM8,799 untuk cip M1 Max. Untuk anda yang mahukan spesifikasi tertinggi bersama cip M1 Ultra menerusinya pula boleh didapatkan dengan harga mencecah RM32,799.

Selain itu, Samsung dilaporkan sedang berbincang bersama Apple untuk menjadi pembekal cip M2 untuk peranti akan datang.

Samsung Dilaporkan Dalam Perbincangan Bersama Apple Untuk Menjadi Pembekal Cip M2

Apple Dijangka Akan Perkenalkan 9 Model Mac Yang Dikuasakan Oleh Cip M2

Sumber