Bermula pengenalan iPhone 12 lagi kita sudah melihat peningkatan memori sehingga 6GB RAM buat para pengguna. Perkara ini dilihat sangat bagus dalam memastikan sistem operasi boleh berfungsi dengan efisien serta menampung lebih banyak aplikasi menerusinya.

Berdasarkan laporan terbaru, penganalisis Jeff Phu menjangkakan iPhone 14 Pro bakal didatangkan dengan pilihan RAM yang lebih besar berbanding mana-mana tawaran iPhone sebelum ini. Bermula tahun 2022, barisan model Pro sedia ditawarkan memori sehingga 8GB RAM.

Sumber: Macrumors

Ini merupakan lonjakan yang besar jika diamati kerana maksimum memori yang ditawarkan pada model terdahulu hanyalah sekitar 6GB RAM sahaja. Namun begitu, iPhone 14 versi standard hanya berpeluang menikmati pilihan memori di bawah 8GB.

Selain penawaran memori RAM yang besar, terdapat spekulasi juga mendakwa Apple sedia mengembalikan penawaran storan 64 GB pada iPhone 14. Walaupun sebahagian pengguna mungkin berminat penawaran storan 64GB yang pasti ditawarkan dengan harga murah, ia sudah tidak relevan lagi untuk masa ini kerana saiz fail yang semakin besar.

Menerusi iPhone 14 juga, kita mungkin berpeluang memiliki peranti dengan ruangan storan sehingga 2TB selepas ini.

Apple iPhone 14 Dijangka Bakal Hadir Dengan Ruang Storan Sehingga 2TB

Apple Mungkin Tidak Lagi Tawarkan Slot Kad SIM Pada iPhone Menjelang Tahun 2023