Mulai diumumkan pada acara Apple pada 21 April lalu, pengguna di Malaysia nampaknya tidak perlu menunggu lama menantikan Apple iPhone 12 dan 12 mini dengan warna baharu apabila model ini sedia ditawarkan bermula pada hari ini.

Kehadiran warna ungu dalam koleksi iPhone 12 ini menjadikan model ini sebagai warna keenam yang ditawarkan bersama iPhone 12 mini. Pada pandangan kami, model ini dilihat bakal menjadi pilihan wanita yang mahukan iPhone dengan warna yang lebih feminin.

IMG_1086

Dalam pada itu, dimaklumkan YouTuber MKBHD memaklumkan di mana warna ungu ini merupakan warna kegemaran legenda Apple iaitu Steve Jobs. Pemilihan ini untuk melancarnya pada tahun ini adalah bersempena dengan tahun ke-10 kematian beliau.

Sekiranya anda sedang mencari iPhone 12 atau 12 mini serta mahu tampil bergaya dengan warna baharu, mungkin warna ungu ini antara yang boleh didapatkan anda. Apple iPhone 12 dan 12 Mini dengan warna ungu ini sedia didapatkan secara rasmi menerusi seluruh pengedar rasmi Apple seluruh Malaysia dan juga laman web Apple.

Ketahui lebih lanjut mengenai warna terbaharu Apple ini dengan klik pautan di bawah.

Lebih Feminin Dan Ceria, Apple Perkenalkan iPhone 12 Dengan Warna Ungu

Apple Lancarkan AirTag Bagi Memudahkan Pengguna Mencari Barang Dengan Mudah