Sehingga kini, orang ramai sudah mulai mengira-gira bilakah pelancaran iPhone 14 bakal berlangsung. Para peminat kelihatan seperti sudah tidak sabar lagi kerana pelbagai spekulasi kedengaran berkaitan kemas kini sejumlah ciri menarik padanya.
Menerusi Bloomberg, Apple dijangka melancarkan pada 8 September 2022 kelak. Pada acara ini, Apple dikatakan memperkenalkan sebanyak empat model iaitu iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Siri iPhone Mini sudah dihentikan kerana kurang mendapat sambutan sejak siri-siri lepas.
Antara spekulasi menarik berkenaan siri ini termasuklah penggunaan cip pemprosesan yang lebih pantas untuk versi Pro, kamera dipertingkatkan dan rekaan takuk yang unik. Sementara iPhone versi biasa dijangka hanya menggunakan cip A15 Bionic seperti siri sebelum ini.
Selain iPhone, Apple turut dijangka memperkenalkan Apple Watch baharu serta akan hadir dengan versi Pro. Dengan mengadakan pelancaran secara dalam talian pada 8 September kelak, siri iPhone 14 dijangka mulai dijual sekitar 17 September 2022 di Malaysia.
Sementara itu, Apple juga dijangka akan menggunakan kaca zirconia yang lebih tahan lasak untuk iPhone dan Apple Watch kelak.
Apple Dijangka Menggunakan Kaca Zirconia Yang Lebih Tahan Lasak Untuk iPhone Dan Apple Watch
Kajian Mendapati Hampir Separuh Pengguna Android Berminat Untuk Beralih Ke iPhone